Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Khasidah Yang Lemak Dan Manis. Lagi Banyak Bawang Goreng Lagi Sedap!

0 287

Kuih khasidah atau juga dipanggil sebagai kuih hasidah merupakan kuih tradisional yang mempunyai tekstur yang lembut, lemak dan manis. Bawang goreng juga akan ditabur dibahagian atasnya untuk menambah keenakan kuih tersebut.

Dikatakan, semakin banyak bawang goreng yang digunakan semakin sedap kuih kashidah tu. Kuih khasidah ini mempunyai dua versi iaitu versi belah utara dan versi pantai timur. Kuih klasik ini ramai penggemarnya.

Ianya juga sering dijadikan juadah berbuka puasa oleh orang dulu – dulu. Di pantai timur kuih ini juga dipanggil sebagai kuih berlauk. Kuih khasidah di Terengganu agak berbeza dengan negeri-negeri yang lain.

Di Terengganu, kuih ini menggunakan santan dalam penyediaannya. Dengan penggunaan santan itu terhasillah kuih khasidah yang berlemak dan berkrim. Kebiasaannya kuih ini berbentuk seakan bunga mawar.

Nak tahu versi kuih khasidah kali ini? Jom ikuti perkongsian resepinya dari Cik Puan Masri Awang. Rata-rata yang melihat perkongsiannya difacebook terliur dan rasa lama tak makan kuih tradisional ini.

 

RESEPI KUIH KHASIDAH

Biasanya masak kuih yang menggunakan acuan perlulah dibakar selepas diterap. Tetapi untuk kuih khasidah ini, masak dulu adunannya siap-siap, barulah diterap dengan menggunakan acuan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • 2 cwn gula
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 3-4 titis pewarna kuning
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 3-4 ulas bawang merah

CARA PENYEDIAAN KUIH KHASIDAH :

▶️ Blend tepung, air, santan, gula, telur dan garam. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.

▶️ Tambahkan pewarna kuning. Masukkan juga daun pandan.

▶️ Kalau dapur biasa, perlu gunakan api yang kecil sahaja. Sentiasa kacau sehingga pekat dan tidak melekat.

▶️ Kalau guna periuk noxxa, setkan stir -fry .Kacau jangan sampai berkerak. Kalau nampak macam nak berkerak, off sekejap dan sambung kacau. On lagi sekali dan kacau lagi.

▶️ Bila adunan jadi seketul dan bergolek dan tidak melekat ,masukkan 2 sudu minyak sapi. Kacau lagi sehingga minyak sapi betul-betul sebati dengan adunan.

▶️ Hiris bawang merah nipis-nipis dan goreng hingga kekuningan. Tutup api.

▶️ Adunan dah sejuk, ambik seketul. Terap dengan acuan pilihan. Tabur bawang goreng dibahagian atasnya.

 

BACA JUGA: Wajib Ada Sambal Setiap Kali Makan? Jom Cuba Resepi Sambal Daging Campur Kentang Yang Simple Dan Sedap Ini!

 

Siap untuk dihidang! Nak guna bawang goreng yang dah siap jual pun boleh. Kalau ikut versi tradisional, kuih ini dibentukkan seperti sekuntum bunga ros, menggunakan penyepit khas yang kebiasaanya dibuat daripada tembaga.

Tapi, boleh juga dibentukkan atau diterap menggunakan acuan berbentuk bunga mawar. Beliau juga meninggalkan video difacebook untuk melihat cara menerap kuih khasidah yang betul dengan menggunakan acuan. Lebih memudahkan anda.

Tanpa cara tradisional, anda juga boleh menghasilkan kuih khasidah yang mempunyai rasa sedap, lemak dan berkrim. Nampak cantik adunannya berkilat. Semoga resepi kuih khasidah ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open