Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Kasturi Yang Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Sesuai Untuk Minum Petang Anda Bersama Keluarga!
Kuih kasturi atau juga dikenali sebagai kuih rengas atau kuih kacang hijau merupakan salah satu kuih tradisional yang mungkin semakin pupus ditelan zaman. Di zaman serbah moden ini, kuih kasturi juga kurang menjadi perhatian.
Walaupun ianya semakin ditelan zaman, tetapi masih ada juga penggemarnya. Terutama mak ayah kita. Kuih kasturi adalah kuih yang menggunakan kacang hijau sebagai bahan utama. Ianya disalut bancuhan tepung untuk digoreng.
Mungkin anak-anak zaman sekarang lebih gemar mencuba makanan seperti fast food, korean food dan western food. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak tahu akan kewujudan kuih muih seperti ini.
Tekstur kuih kasturi ini lembut didalam manakala kulitnya pula garing. Rasanya juga berlemak manis dan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Kuih kasturi juga boleh difrozenkan dan sesuai dijadikan hidangan minum petang.
Resepi kuih kasturi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Norisah Noralina. Hasil perkongsian beliau difacebook masih terlihat ramai juga penggemarnya dan ramai juga yang ingin mencubanya.
RESEPI KUIH KASTURI
5.1K share difacebook beliau. Ini telah menunjukkan bahawa kuih kasturi masih lagi diminati ramai. Semoga kuih tradisional seperi kuih kasturi ini terus menjadi kegemaran ramai supaya ianya tidak tengelam ditelan zaman.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kilo Kacang hijau (rendam 3 jam)
Bahan A :
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan kelapa parut
- 1 1/2 cawan gula putih
- 3 keping Gula kabung
- Sedikit garam
Bahan B :
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 3 sudu tepung gandum
- 2 biji telur
- Sedikit air kapur
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN KUIH KASTURI :
Cara penyediaan kacang hijau sebelum digoreng :
▶️ Rebus kacang sehingga lembut. Kemudian, masukkan kacang dalam kuali.
▶️ Campurkan kacang hijau bersama bahan A dan kacau sehingga kering.
▶️ Bentukkan menjadi doh yang leper. Ikut saiz kuih kasturi yang anda suka. Ulang proses yang sama sampai semua adunan kacang hijau habis.
Cara penyediaan bancuhan tepung :
▶️ Campurkan semua bahan B. Bancuh seperti bancuhan kuih ketayap. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Cara menggoreng kuih kasturi :
▶️ Panaskan minyak menggoreng yang banyak.
▶️ Ambil doh satu persatu dan celup kedalam bancuhan tepung.
▶️ Masukkan dalam kuali dan goreng dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kerabu Perut Campur Pucuk Paku, Taugeh Dan Kerang. Cukup Rasa Masam, Masin, Pedas Dan Lemaknya!
Sangat mudah! Kacang hijau banyak kegunaannya dalam makanan. Selain dibuat kuih muih, ianya juga boleh dijadikan bubur, ice cream, ubatan tradisional dan macam-macam lagi. Resepi ini boleh juga anda gunakan untuk berniaga. Semoga bermanfaat!
Lebihan kuih yang tak nak dimasak lagi, boleh disimpan dalam peti dan difrozenkan. Bila-bila nak makan boleh keluarkan. Cuma perlu menyediakan bancuhan tepung sahaja dan menggorengnya. Dimakan panas-panas lagi sedap!
Pelbagai resepi kuih muih tradisional yang ada. Dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Semoga resepi kuih kasturi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!