Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Bidaran Inti Kacang Hijau Yang Lembut Dan Sedap. Rugi Sangat Tak Cuba!

0 1,357

Resepi kuih bidaran juga dikenali sebagai kuih bom bijan merupakan kuih yang disukai ramai. Ianya sejenis kuih yang digoreng yang diperbuat daripada tepung pulut dan tepung gandum. Bahagian luarnya pula bersalut dengan bijan.

Kebiasaannya kuih ini berintikan kelapa yang dimasak bersama gula melaka. Tapi, bagi mereka yang kurang gemar dengan inti kelapa, boleh saja menukarnya kepada inti kacang hijau. Boleh juga dibeli dimana-mana gerai tepi jalan yang menjual kuih muih.

Penggunaan gula dalam adunannya sangatlah penting. Dimana ia akan menjadikan kuih tidak keras kejung walaupun sudah petang. Kuih ini juga sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi dan juga dihidang waktu petang.

Sesetengah peniaga yang mengutamakan keuntungan berbanding keenakan sesuatu makan yang dijual, pasti tidak menghasilkan kuih bidaran yang sedap. Kebiasaanya kuih yang dimasak mempunyai inti yang sikit dan tekstur yang liat bila dimakan.

Dengan menggunakan resepi dari Cik Puan Marlia Lia, anda boleh menghasilkan kuih bidaran yang tak liat dan sedap. Intinya juga boleh dibanyakkan. Buat sendiri lebih puas hati berbanding kita membelinya diluar.

 

RESEPI KUIH BIDARAN INTI KACANG HIJAU

Dengan menggunakan resepi yang beliau kongsikan difacebook, pasti anda rasa lebih mudah membuatnya. Tak nak buang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kulit :
  • 1 paket tepung pulut 500g
  • 6 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan gula (adunan tak akan keras)
  • 3 cawan air (tak guna habis)
  • Sedikit garam
  • Bijan secukupnya

 

Bahan untuk inti :
  • 2 cawan kacang hijau (dibasuh bersih, di rendam semalaman dan toskan)
  • 2 keping gula nisan (ori kelantan sebab tak keras dan tak berapa manis)
  • 7-8 sudu makan gula pasir (Ikut banyak mana anda suka)
  • 1/4 camca teh garam
  • 3 helai daun pandan (disimpul untuk menaikkan aroma)
  • Air secukupnya (untuk merebus kacang)
  • 3 sudu tepung gandum

CARA PENYEDIAAN KUIH BIDARA :
Cara penyediaan kulit :

▶️ Campurkan kesemua bahan untuk kulit.

▶️ Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga jadi doh dan tak melekat pada tangan.

▶️ Jika doh terlembik, tambahkan tepung berselang seli antara tepung pulut dan tepung gandum.

▶️ Bentukkan menjadi doh yang kecil. Biarkan seketika.

Cara penyediaan inti :

▶️ Rebus kacang sehingga betul-betul empuk. Masukkan daun pandan semasa merebus.

▶️ Jika air dah hampir kering, tapi kacang masih belum empuk, tambahkan lagi air dengan menggunakan air panas.

▶️ Bila hampir kering, baru masukkan gula dan garam. Jangan lupa sesekali kena kacau supaya tak hangit.

▶️ Apabila inti dah secukup rasa dan air pun kering, tambahkan tepung gandum. Tujuan tepung gandum untuk kenal dan mudah dikepal. Seterusnya, Kepal bulat inti.

▶️ Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat-bulat tadi.

▶️ Cantumkan bahagian leper tadi, hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

▶️ Golekkan ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

▶️ Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana sahaja. Angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Resepi Chicken Tandoori Tikka Yang Sedap Dan Pedas. Makan Dengan Roti Capati, Rumali Roti Atau Naan Cheese Memang Padu!

 

Siap untuk dihidang! Selebihnya boleh difrozenkan dan bila-bila nak makan boleh keluarkan dan goreng. Ikut sukatan yang diberikan anda boleh perolehi 40 biji kuih buidaran.

Nak bagi jiran sebelah pun apa salahnya kan. Berkongsi rezeki dapat pahala. Manalah tau mereka suka. Boleh share resepi ini sekali. Nak bagi tips yang beliau tinggalkan, jangan telebih tepung nanti liat ye.

Lepas ni nak makan kuih bidaran tak perlu beli kat luar lagi. PKP macam ni, pasti banyak masa dirumah. Boleh buat resepi kuih bidaran ini secara homemade. Semoga bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open