Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kaswi Gula Merah Anti Gagal Yang Mudah Nak buat. Hasilnya Tersangatlah Sedap!
Nah, ni dia resepi kaswi gula merah anti gagal. Korang yang baru first time nak cuba buat kuih kaswi ni pun confirm menjadi. Janji korang ikut semua step by step resepi dia kat sini. Hasil dia memang yummy dan nak lagi.
Kuih kaswi versi ni tak perlu potong. Kita akan kukus guna acuan. Selain di masak dalam loyang, kuih kaswi ni jugak boleh di kukus dalam acuan kuih lompang. Acuan kuih kaswi pun dah ada sekarang tau! Lagi mudah kerja nak buat kuih ni nanti.
Mesti korang rasa leceh bila nak potong kuih kaswi yang di kukus dalam loyang kan. Takut lekat kat pisau dan bentuk kuih kaswi jadi tak cantik. Kalau masak dalam acuan, confirm elok je keadaan kuih kaswi ni nanti. Sebab tu kata anti gagal!
Lagi senang kerja korang. Kukus je kuih kaswi ni dalam acuan terus boleh keluarkan dan gulung dengan kelapa parut. Sedap tau makan kuih kaswi ni panas-panas. Sesuai sangat buat hidangan minum petang dan sarapan pagi.
Resepi kuih kaswi gula merah anti gagal ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Marina Miskam. Nampak sangat mudah je nak buatnya. Korang yang baru nak belajar, wajib try resepi ni. Sangat mudah!
RESEPI KASWI GULA MERAH ANTI GAGAL
Tak nak buang masa lagi, petang ni nak buat kuih kaswi. Dah lama sangat tak makan kuih ni. Kat sini, kaswi dia tak kenyal macam yang biasa aku makan. So, nak tak nak kena la buat sendiri kat rumah. Step buat kuih ni seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1 1/2 cwn gula merah
- 1/2 cwn gula pasir
- 1 cwn air
- 1 sudu teh garam
- 4 helai daun pandan
Bahan B :
- 2 cwn tepung gandum
- 1 cwn tepung ubi
- 3 cawan air
- 3 sudu besar air kapur
Bahan C :
- Kelapa parut putih dan secubit garam (kukus sekejap untuk elakkan cepat basi)
CARA PENYEDIAAN KASWI GULA MERAH ANTI GAGAL :
▶️ Panaskan pengukus terlebih dahulu.
▶️ Satukan bahan A. Masak atas api hingga larut, bila dah larut didih.tutup api. Biarkan kejap.
▶️ Sebatikan bahan B dan kacau rata.
▶️ Satukan bahan A dan B. Kacau rata & tapis.
▶️ Sapukan minyak dalam acuan.
▶️ Tuang adunan dalam acuan.
▶️ Kukus 20 minit dalam acuan kecil.
▶️ Kalau dalam loyang kukus 40-50 minit. Pastikan alas plastik dan sapu minyak loyang tersebut.
▶️ Bila dah masak, buka penutup. Biar kan kaswi dałam 5 minit. Tujuannya nak bagi permukaan kaswi tu kering baru turunkan dari pengukus.
▶️ Biarkan sejuk sebelum dihidang.
BACA JUGA : Resepi Ketam Masak Cili Yang Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Kuih ni boleh je tahan seharian. Yang penting korang kukus siap-siap kelapa parut dengan sedikit garam. Takde la kuih kaswi korang cepat basi. Kalau tak nak kuih kaswi korang cepat rosak, guna tips ni. Lepastu time nak makan baru taburkan kelapa.
Petang ni boleh la layan kuih kaswi dengan kopi o panas-panas. Selain dari kuih kaswi gula merah. Korang boleh je buat kuih kaswi pandan dan jagung. Rasa dia pun boleh tahan sedap ye. Bahan lain semua sama, nak guna resepi ni pun boleh.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Marina Miskam kerana sudi berkongsi resepi kuih kaswi gula merah anti gagal ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!