Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Karipap Telur Atau Karipap Giant Guna Kulit Paratha Kawan. Comfirm Sedap Dan Mengenyangkan!

0 272

Nak tak buat karipap yang paling mudah? Apa kata kita cuba resepi karipap telur atau karipap giant guna kulit paratha ni. Confirm sedap dan mengenyangkan. Teksturnya juga agak garing dan tak berminyak.

Resepi ini boleh dibuat bila-bila masa. Tak kisah sama ada dijadikan sarapan pagi ataupun minum petang. Lembut dan rasa lemak-lemak susu je hasilnya. Tak perlu mendoh tepung dan tak perlu masak inti berasingan lagi.

Bahan utama dalam inti karipap ini hanyalah menggunakan sebijik telur. Satu keping roti paratha, bersamaan dengan 1 biji telur. Manakala bahan-bahan lain pula, tidak mempunyai sukatan yang tertentu.

Anda boleh banyakkan penggunaan cili dan bawang ikut citarasa masing-masing. Di taburkan juga dengan daun sup, untuk menaikkan aroma masakan. Saiz karipap ini agak besar, kerana kita akan menggunakan 1 keping roti paratha.

Resepi karipap telur atau karipap giant ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Sakura Hanami melalui laman Facebooknya. Nampak kreatif resepi ni, sesiapa pun boleh buat dengan mudah dirumah.

 

RESEPI KARIPAP TELUR ATAU KARIPAP GIANT

Sebelum tu, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi semudah ini buat kita semua. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Paratha (jenama kawan)
  • Cili (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Telur
  • Daun sup
  • Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN KARIPAP TELUR ATAU KARIPAP GIANT :

▶️ Letakkan paratha dalam pinggan berlekuk supaya telur tidak meleleh keluar.

▶️ Taburkan cili dan bawang besar hiris.

▶️ Pecahkan sebiji telur, taburkan garam dan taburkan juga daun sup.

▶️ Kelimkan roti paratha ikut cara anda. Janji melekat. Tekstur paratha agak lembik dan memang mencabar sikit masa nak kelim.

▶️ Goreng minyak sederhana panas. Jangan guna api besar. Nanti luar hangus dalam mentah lagi.

▶️ Lepas goreng karipap akan berminyak sangat. So, kita masukkan dalam air fryer. Nanti minyak akan turun dan kulit karipap tak berminyak. Tak sama kalau kita toskan dengan tisu.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Merah Goreng Berempah Yang Juicy Dan Berlemak. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Kulitnya sangat flaky macam karipap pusar. Kulit paratha ini ada bermacam-macam jenis dan jenama ada yang paket hijau, paket merah dan macamn-macam lagi. Tapi, kalau nak lagi sedap better pakai paket hijau jenama Kawan ni.

Karipap telur ini juga boleh dihidang dengan sos cili. Sedap sangat! Boleh juga diintikkan dengan telur rebus, tapi lagi sedap bila dimasak seperti ini. Nampak penuh dan padu intinya menggunakan 1 biji telur.

Lepas ni kalau nak makan karipap telur, dah boleh cuba je resepi ni dirumah. Ada juga peniaga kecil yang menjualnya. Tapi lagi puas hati masak sendiri. Semoga resepi karipap telur atau karipap giant ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open