Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Karipap Pusing Step By Step Untuk Beginner. Memang Menjadi, Yang Paling Penting Sedap Sangat!
Bosan tak tau nak buat kuih apa tengah lockdown ni? Jom kita ikuti resepi karipap pusing yang sedap ini. Resepi karipap pusing ini boleh digunakan oleh mereka yang baru pertama kali ingin mencubanya.
Karipap pusing ini ramai penggemarnya. Cara penyediaannya perlu menggunakan teknik yang betul, supaya karipap pusing yang digoreng nanti tidak terkeluar intinya. Follow je step by step yang diberikan, confirm menjadi.
Adunan karipap pusing ini perlu dibahagi kepada dua bahagian. Dan setiap bahagian menggunakan bahan yang berlainan. Apa yang paling penting masak dulu intinya, barulah siapkan doh.
Inti kentang juga akan dimasak dengan ayam cincang. Dicampur pula dengan serbuk kari dan lada kisar yang dikisar dengan bawang putih dan bawang merah. Barulah terasa sedikit pedas rempah karipap pusing kita tu.
Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom kita ikuti perkongsian resepi karipap pusing yang dikongsikan oleh Cik Puan Anash Iffiq ini. Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi step by step resepi ini di facebook.
RESEPI KARIPAP PUSING
Ramai yang risau nak buat karipap pusing ni. Kalau menggunaka step dan teknik yang betul. Pasti menjadi! Yang seronoknya bila dah cuba sekali dan menjadi, rasa ketagih nak buat lagi.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan inti karipap pusing :
- Keledek 4/5 ketul yang kecil (dipotong dadu)
- Ayam cincang
- Sesudu lada kisar (lada dikisar dengan bawang kecil dan bawang putih)
- Serbuk kari
- Kiub ikan bilis
- Daun sup (dihiris)
Bahan minyak marjerin :
- Dua sudu marjerin
- 1/4 cawan minyak
* Panaskan kedua bahan sehingga mencair. Ketepikan.
Bahan adunan pertama :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan air sejuk (Tak guna habis ikut keperluan)
- 1 sudu air kapur (optional)
- 2 sudu minyak marjerin (yang dipanaskan tadi)
Bahan adunan kedua :
- 1 cawan tepung gandum
- Minyak + marjerin (yang dipanaskan tadi)
CARA PENYEDIAAN KARIPAP PUSING :
Cara penyediaan inti karipap pusing :
▶️ Tumis lada kisar dengan serbuk kari.
▶️ Kemudian, masukkan ayam cincang, daun kari dan keledek.
▶️ Masukkan air sedikit demi sedikit sampai keledek lembut.
▶️ Tambah gula, garam dan sedikit kiub ikan bilis.
▶️ Pastikan rajin kacau supaya keledek tak hangit dan kering. Sebelum tutup api masukkan daun sup. Ketepikan dan sejukkan.
Cara penyediaan karipap pusing :
▶️ Uli semua bahan adunan pertama sehingga tak melekat pada tangan.
▶️ Untuk adunan bahan kedua pula, masukkan tepung dalam bekas dan tuangkan sedikit demi sedikit minyak tambah majerin yang dipanaskan tadi. Uli sehingga tak melekat pada tangan.
▶️ Bahagikan doh untuk dicantumkan sama banyak. Penting supaya doh sama besar senang untuk dicanaikan.
▶️ Leperkan doh pertama dan letakkan doh kedua, sapukan air sikit tujuan bagi adunan kedua melekat dan kulit tidak pecah waktu menggoreng.
▶️ Untuk step mengulung doh rujuk pada gambar. Gambar no 6, doh akan dipotong dibahagikan kepada 4 untuk dicanai.
▶️ Canai doh dan letakkan inti yang telah disejukkan tadi.
▶️ Kemudian, kelip atau lipat hujung karipap ini.
▶️ Goreng menggunakan api yang sederhana panas. Kalau tak panas kulit tak garing dan kulit dalam akan mentah. Rajin balik-balikkan.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi “Chettinad Mutton Masala” Mendapat 18K Share. Nak Tau Sedap Ke Tidak Jom Follow Resepi Ni!
Tak susah pun kan? Step by step disediakan berserk gambar. Sesuai pada mereka yang baru nak belajar buat karipap pusing ni. Cara mengelipkan tu terpulang pada masing-masing, yang penting cantik dan kemas.
Tips kalau nak dapatkan kulit karipap yang cantik, pastikan banyak urat dibelakang kulit dan sebaliknya isikan inti. Bila dah siap masukkan semua inti, anda boleh asingkan yang mana nak digoreng dan yang mana nak difrozenkan.
Bila difrozenkan nak makan bila-bila masa pun boleh. Tengah lockdown macam ni mesti bosan duduk dirumah. Rasa lapar je. Semoga resepi karipap pusing ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!