Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade. Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!

0 3,183

Kalau petang, tak tahu nak buat makanan apa boleh cuba buat popia carbonara. Bukan macam popia biasa, tapi inti dia yang creamy dengan cheese memang padu rasa dia!

Kalau sebelum ni, kita pernah makan popia biasa dengan spaghetti carbonara tapi kali ni boleh cuba ubah selera untuk try resepi combine yang viral ni.

Creamy cheesy popia carbonara! Rasa yang sedap dan paling penting bahan yang digunakan pun senang nak dapat dekat pasaraya sebelah rumah.

Resepi yang Tuan Saiful Nasuha ni kongsikan di ruangan facebook beliau, betul- betul kita rasa tak sabar nak buat dan rasa sendiri kesedapannya!

 

RESEPI CREAMY CHEESY POPIA CARBONARA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Sedikit butter atau marjerin
  • 1 tin sos carbonara prego atau brand apa-apa pun boleh
  • 6 batang sosej ( dipotong dadu )
  • Isi ayam ( Boleh juga guna ayam cincang atau daging cincang )
  • 3 keping cheese ( kalau ada mozarella cheese pun boleh )
  • 2 sudu besar tepung gandum yg dibancuh dgn air
  • Sedikit susu segar ( kalau tak ada guna 2 sudu besar susu tepung fullcream nespray atau everyday
  • Sedikit serbuk lada hitam ajishio atau serbuk lada putih
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Oregano kering atau Parsley kering

 

BAHAN KISAR :

  • ½ bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ batang carrot

CARA PENYEDIAAN CREAMY CHEESY POPIA CARBONARA :

▶ Blend bahan kisar sehingga hancur. Ni kita akan gunakan untuk pekatkan kuah nanti.

▶ Mula-mula, panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang. Gaul sampai masak sekata.

▶ Kemudian masukkan bahan kisar tadi tumis sampai naik bau. Biarkan sampai kekuningan.

▶ Seterusnya, masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar dan sos carbonara

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kek Viral Menyerupai Span Basuh Pinggan. Sebijik Nampak Sama Dengan Yang Asal!

▶ Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Gaul sekata supaya bahan semua sebati.

▶ Masukkan cheese dan masak sehingga kuah menjadi pekat

▶ Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley

▶ Biarkan sejuk sekejap sebelum kita nak balut dengan kulit popia

Dah siap kuahnya atau ini popia carbonara ni. Sekarang jom kita balut menggunakan kulit popia.

Sediakan bahan-bahan ni tau :

  • Kulit popia
  • Bancuhan tepung gandum sebagai gam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA NAK BALUT :

▶ Letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit popia.

▶ Gunakan kulit popia bersaiz kecil, jika guna yang bersaiz besar potong dulu ye.

▶ Lipat kulit popia kemas -kemas dan padat.

▶ Buat sampai habis bancuhan inti. Panaskan minyak, dah goreng dalam minyak yang panas.

▶ Kalau buat banyak, boleh simpan dalam freezer. Bila nak makan, gorengkan je.

Waah! Sedap betul kalau dapat makan creamy cheesy popia carbonara ni. Saya rasa klau makan panas-panas memang berebut ramai yang suka.

Selain buat makan minum petang, resepi creamy cheesy popia carbonara macam ni, nak buat untuk kita berkelah ke, nak buat jualan pun boleh laku tau. Sebab cheesy ni ramai yang baru nak merasa. Boleh lah cuba!

Sebelum buat, jangan lupa sharekan dulu dekat wall facebook masing-masing tau. Senang lepas ni nak scroll balik, dan moga dapat manfaat daripada perkongsian ni.

Saya ucapkan selamat maju jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open