Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Choconde Aka Onde Onde Hipster Mudah Dan Sedap. Dibuat Untuk Mengisi Masa Bersama Keluarga!

0 1,879

Musim PKP ni masing-masing ada je idea yang nak dicipta untuk mengisi masa lapang bersama keluarga. Sekali sekala cuba resepi choconde aka onde onde hipster ni pun seronok juga kan.

Salah satu resepi yang paling mudah dibuat kerana cuma perlu menggunakan 4 jenis bahan sahaja. Hasilnya yang mewah dan sedap ini membuatkan anak-anak suka dengannya. Pulutnya berperisa coffee dan intinya pula berperisa coklat.

Apa saja jenis kudapan yang menggunakan coklat pasti menjadi kesukaan ramai. Lain dari lain onde-onde hipster ni. Namanya pun dah hipster kan, mestilah lain dari onde onde tradisional.

Seperti biasa bahan asas untuk menghasilkan onde onde adalah tepung pulut. Tepung diadun menggunakan air wonda coffee manakala bahagian intinya telah digantikan menggunkan coklat cadbury.

Onde onde tradisional disalut kelapa parut bahagian luarnya, onde onde hipster pula disalut dengan nestum. Menarikkan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Shida Ambok di laman facebooknya.

 

RESEPI CHOCONDE AKA ONDE ONDE HIPSTER

Pasti ada ibu-ibu yang juga tertarik dengan menu simple ini kan. Teksturnya juga sama dengan onde onde tradisional yang lembut dan kenyal. Tapi telah diubah suai mengikut pereedaran zaman.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 tin wonda coffee
  • Coklat cadbury hazelnut
  • Nestum 

CARA PENYEDIAAN CHOCONDE AKA ONDE ONDE HIPSTER :

▶️ Campurkan air wonda coffee ke dalam tepung pulut. Gaul hingga menjadi doh.

▶️ Gentelkan bentuk bulat dan isikan coklat yang telah dipotong didalamnya. Kemudian, ditutup dan buat bentuk bulat.

▶️ Boleh pelbagaikan coklat seperti coklat coin, coklat putih atau coklat hitam. Lagi sedap jika ditambah kacang atau kuaci.

▶️ Panaskan air rebusan untuk merebus choconde. Bila choconde timbul maksudnya telah masak.

▶️ Golekkan pada nestum.

▶️ Siap untuk dimakan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Dan Roti Naan Homemade. Lebih Jimat Dan Confirm Puas Hati!

 

Walaupun makanan tradisi tetap di hati, namun sesekali buat macam ni seronok juga dapat teroka benda baru. Mudah, cepat, sedap dan anak-anak juga sangat sukakannya. Tak salah juga kita bertukar selera kan.

Boleh juga dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung kerumah kita. Dijadikan pemanis mulut dan pasti mereka suka. Siapa sangka resepi onde onde boleh dipelbagaikan. Tiada penggunaan air santan dalam onde onde hipster ini.

Inti gula melaka telah ditukar kepada coklat cadbury, salutan kelapa pula di tukar kepada nestum. Lain dari yang lain. Semoga resepi choconde aka onde onde hipster ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open