Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cheese Tart Padat Dengan Inti Dan Shell Yang Rangup. Memang Marvellous!

Cheese tart sedap
0 681

Lamanya tak makan cheese tart yang gebu dan sedap macam ni. Biasanya kalau ada event, atau nak sambut majlis apa-apa baru dapat rasa. Walaupun harganya tidaklah terlalu mahal, namun ianya juga tidak terlalu murah.

Sesekali nak makan sikit-sikit tu boleh je beli dari seller yang ada. Dan cheese tart ni ada pelbagai perisa. Boleh buat blueberry, strawberry, coklat dan banyak lagi lah.

Jadi, untuk kali ni saya kongsikan macam mana nak buat cheese tart dari mula sampai akhir. Daripada crust dia, sampailah kepada intinya. Sesetengah orang ada yang beli crust sedia ada. Tapi, nak feel buat sendiri je semua.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie ni best sebab lengkap dan detail je bahan-bahan yang digunakan. Yang mana baru nak belajar pun boleh follow je resepi ni. Serious mudah faham.

Kalau ikut resepi ni nak buat makan sendiri boleh, nak buat untuk jualan pun tak ada masalah. Dalam masa yang sama, doakan pemilik resepi supaya murah rezeki ye.

 

RESEPI CHEESE TART

Nak buat cheese tart ni memang akan menggunakan banyak bahan sebab kita akan buat crust dan fillingnya sendiri. Tapi rasa puas hati sebab boleh makan banyak-banyak.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Crust :
  • 100 gram butter
  • 50 gram gula icing
  • 1 biji telur Gred A
  • 15 gram susu tepung
  • 200 gram tepung gandum
  • ¼ sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN CRUST CHEESE TART :

▶ Ayak gula aising ke dalam bekas atau mangkuk mixer. Satukan dengan planta atau butter. Pastikan butter ni berada dalam keadaan suhu bilik ye.

▶ Pukul sampai jadi creamy dan pucat. Bila dah sebati, masukkan telur dan pukul lagi.

▶ Adunan dah jadi cantik dan creamy masukkan pula tepung gandum dan juga susu tepung. Oh ya! Jangan lupa masukkan sekali esen vanilla.

▶ Kacau sampai sebati dan sehingga menjadi doh. Rehatkan sekejap dalam 30 minit di dalam peti sejuk. Ini supaya kita punya shell nanti akan jadi lebih rangup.

▶ Sediakan acuan tart ikut saiz yang kita suka.  Kecil-kecilkan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Pastikan jangan terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal.

▶ Seterusnya, cucuk menggunakan garfu sebelum ianya dibakar. Bakar menggunakan suhi 160’c selama 20 minit mengikut oven masing-masing.

Bila shell dah siap, sekarang perlulah ada fillingnya. Bahan nak buat filling pun mudah je. boleh buat banyak sikit kalau nak buat cheese tart jenis buncit.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk cheese filling adalah :
  • 500 gram cream cheese
  • 80 gram gula kastor
  • 20 gram butter
  • 1 biji kuning telur gred A

CARA PENYEDIAAN CHEESE FILLING CHEESE TART :

▶ Mula-mula sekali, pukul cream cheese, butter dan gula sampai gebu.

▶ Bila dah gebu, masukkan kuning telur. Pukul lagi sampai sebati.

▶ Kemudian, masukkan dalam piping bag.

▶ Shell tart kita dah sejuk paipkan cream cheese tadi ke dalam shell. Paipkan sehingga buncit atau penuh ruang shell.

▶ Sebelum bakar, bubuh topping di atas cream cheese. Corakkan ikut kreativiti masing-masing ye. Bakar dengan suhu 170’c selama 5 minit sahaja.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Bakso Yang Simple Dan Marvellous. Makan Dengan Sambal Kicap Memang Padu!

 

Senang nyaaa! Rasa tak sabar pula nak makan bila tengok yang dah siap tu. Sesetengah ada juga yang kongsikan letak kan inti dulu baru masukkan cheese filling tu. Dan corakan sikit sahaja di bahagian atas supaya tidak terlalu kosong.

Kalau yang buat berniaga, bahagian atas memang dibiarkan kosong untuk memberi ruang jika ada yang nak tulis sesuatu di atas cheese feeling. Biasanya yang diminta untuk tulis ialah selamat hari jadi, selamat bertunang, selamat pengantin baru dan sebagainya.

Jika korang rasa perkongsian nak buat cheese tart ni bermanfaat, jangan lupa kongsikan di ruangan wall facebook ye. Supaya mudah nak buat bila berkelapangan dan orang lain turut dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open