Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cekodok Kentang Crispy Tanpa Telur. Guna Air Panas Je, Rangup Lagi Lembut Hasilnya!

0 1,847

Petang nanti terasa pulak nak makan cekodok. Ha! Petang ni korang nak buat kuih apa? Apa kata korang try follow resepi cekodok kentang crispy ni. Memang rangup di luar dan lembut di dalam ye. Tak guna telur pun, cuma korang kena adun tepung dengan air panas.

Ada beberapa kali juga saya cuba buat cekodok guna air panas. Antaranya cucur manis dan cucur bawang. Tapi kali ni macam syok juga buat cekodok kentang ni. Dulu pernah makan cekodok kentang. Tapi hanya kentang semata. Takde bawang, daun sup atau lada hitam. Yang tu cuma guna 3 bahan je!

Lain orang lain cara masaknya.  Seronok juga kalau kita saling berkongsi resepi ni. Macam-macam jenis makanan kita boleh try. Cekodok ni antara kuih yang menjadi pilihan ramai. Boleh dibuat dengan macam-macam cara dah rasa pulak tu. Dan setiap resepinya ada keenakannya yang tersendiri.

Cuba korang try resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Norshan Nabila Ahmad Tahar ni. Sangat simple dan menarik. Tengok gambar pun dah rasa nak buat petang ni. Rugi lah kalau tak cuba. Sebab simple sangat penyediaan cekodok ni. Boleh makan dengan sos, kalau korang nak lagi sedap.

Bahan-bahan memasak yang di gunakan untuk penyediaan cekodok kentang ni pun takde lah renyah. Daripada kita beli kuih kat luar petang-petang, elok buat sendiri. Cekodok ni makan panas-panas boleh licin pinggan dibuatnya ye. Anak-anak pun seronok makan.

 

RESEPI CEKODOK KENTANG CRISPY

Kalau balik kampung, petang-petang ada je yang nak di buat. Dan kuih paling simple adalah pisang goreng dan cekodok. Ha, yang nak buat cekodok kentang boleh tengok bahan-bahan yang diperlukan di sini. Ikut sebijik-sebijik je, confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kentang
  • Bawang besar
  • Daun sup
  • Bawangholland
  • 10 sudu besar tepung gandum
  • Air panas mendidih
  • Garam 1 sudu kecil
  • Sedikit serbuk cukup rasa (optional)
  • Sedikit lada hitam

CARA PENYEDIAAN CEKODOK KENTANG CRISPY :

▶️ Kentang, bawang dan daun sup dipotong kecil.

▶️ Campurkan dengan garam dan serbuk cukup rasa.

▶️ Masukkan sedikit lada hitam kalau suka.

▶️ Masukkan 10 sudu besar tepung gandum dan kacau sebati.

▶️ Tuangkan air panas mendidih, agak-agak masukkan sikit-sikit ye.

▶️ Lepas tuang air panas tepung akan jadi macam ni. Kacau sebati, tambah air panas kalau rasa doh tak ckup air.

▶️ Doh yang dah siap bancuh dengan air panas tadi. Adunan memang kental ye. Jangan sampai lembik.

▶️ Jangan risau kental cekodok tak akan keras. Yang penting jangan terlalu cair.

▶️ Gorengkan dengan minyak yang panas tapi api yang sederhana.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Masak Kari Ayam Tanpa Santan. Kuah Pekat Elok. Nak Makan Dengan Nasi Dan Roti Puri Pun Sedap!

 

Sukatan 10 sudu tepung boleh makan 1 family ye. Cekodok ni dah sejuk pun masih rangup. Yang lagi penting takde bau-bau telur dan hanyir. Memang sedap! Takde la spoil mood makan cekodok ni. Dah boleh save siap-siap kalau korang tengah baca resepi ni okey.

Tak sempat nak buat hari ni sebab hari kerja, korang boleh buat hujung minggu. Kadang-kadang anak-anak lebih suka mak ayah luangkan masa dengan mereka di rumah. Cara yang boleh create moment happy adalah dengan cara masak-masak kat rumah. Ha! Jom buat cekodok ni.

Ribuan terima kasih diucapka kepada Cik Puan Norshan Nabila Ahmad Tahar kerana sudi berkongsi resepi cekodok kentang crispy ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open