Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Biskut Sarang Semut Yang Rangup Dan Cair Di Mulut. Guna Sukatan Cawan Je Senang!

0 3,562

Resepi biskut sarang semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu lagi. Biskut ini juga antara biskut yang wajib di buat bila menjelang hari raya.

Kalau buat sendiri, rasanya lebih sedap sebab anda boleh suaikan bahan ikut selera sendiri dan sudah tentu lebih menjimatkan. Biskut ini juga nampak unik sebab adunannya perlu diparut untuk mendapatkan doh yang halus seperti sarang semut.

Ada yang kata biskut ni renyah nak buat. Sebenarnya mudah je. Dan nampak menarik sangat hasilnya. Harga biskut raya sekarang pun bukannya murah. Lebih baik masing-masing buat sendiri kat rumah lagi puas hati. Boleh lah asah skill sekali.

Yang dah plan nak buat kuih raya, boleh selit dan cuba resepi biskut sarang semut yang dikongsikan oleh Cik Puan Novelis Affieyza Isahak ni. Sebab resepi ni nampak mudah dan sedap sangat hasilnya. Yang penting, teksturnya rangup dan mencair di mulut.

Bahan-bahan untuk buat biskut ni pun tidak renyah dan cara penyediaan doh biskut juga sangat mudah. Boleh juga di adun menggunakan whisk atau senduk kayu sebab adunannya tidak perlu dipukul lama sehingga kembang.

 

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

Campuran tepung jagung dan juga tepung kastard dalam resepi ini menjadikan biskut lembut dan rangup apabila di makan. Jom kita lihat satu persatu bahan masakan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 buku Buttercup
  • 2 cawan Tepung kastard*
  • 1 cawan Tepung jagung*
  • 1 cawan setengahTepung gandum*
  • 1cawan Gula halus
  • 1 biji Kuning telur
  • 1 sudu kecil Esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
  • Paper cup
  • Coklat rice / Coklat manik

CARA PENYEDIAAN BISKUT SARANG SEMUT :

▶️ Ayak bahan-bahan yang bertanda *

▶️ Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.

▶️ Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.

▶️ Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut.

▶️ Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.

▶️ Boleh simpan dalam peti ais lebih kurang setengah jam atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup.

▶️ Kemudian, hias dengan coklat rice.

▶️ Bakar guna api atas bawah pada suhu 170C selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.

▶️ Siap untuk disejukkan.

 

BACA JUGA : Resepi Kuah Lemak Lontong Dan Sambal Ikan Bilis Paling Sedap. Licin Mangkuk Dibuatnya!

 

Mudah je kan! Sukatan pun cuma menggunakan cawan. Tak renyah! Pastikan juga anda menggunakan mentega premium untuk hasilkan biskut yang lebih sedap. Untuk hiasannya pula boleh menggunakan apa saja hiasan seperti coklat chip, gula manik atau sebagainya mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Dah habis bakar nanti jangan terus masukkan ke dalam bekas. Biarkan biskut sejuk seketika dalam suhu bilik barulah simpan dalam balang biskut raya. Beraya sakan tahun ni kan sebab dah boleh raya macam dulu-dulu.

Untuk pengetahuan, ada macam-macam lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Novelis Affieyza Isahak di wall Facebooknya. Semuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi resepi biskut sarang semut ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open