Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bingka Labu Lemak Manis. Sesuai Sangat Buat Minum Petang Keluarga!
Ada tak penggemar labu kat sini? Kita geng! Labu ni bukan saja boleh di buat sayur ye. Korang nak buat kuih pun boleh. Contoh kuih yang paling sedap korang kena cuba adalah resepi bingka labu. Kuih ni rasa lemak manis ye.
Zaman dulu nak masak bingka labu ni kena guna sabut kelapa. Tapi orang zaman sekarang, mana nak layan panas-panas membakar guna sabut kelapa. Dah modern orang guna oven je. Cepat sikit siapnya!
Apa beza bakar bingka labu guna sabut kepala dan guna oven. Okey, bezanya dari segi bau. Bingka yang dibakar guna sabut kelapa ni bau dia lebih wangi dan menyelerakan. Sesetengah orang lebih gemar bau bingka labu yang di masak menggunakan sabut berbanding oven.
Memandangkan kat bandar susah nak dapat sabut kelapa. So, marilah kita beramai-ramai belajar masak bingka labu menggunakan oven. Follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sue Abdullah ni. Confirm menjadi! Yang penting korang follow sebijik-sebijik.
Dah bosan rasanya minum petang dengan kuih goreng-goreng ni kan. Sekali sekala baking bingka labu syok juga. Buat minum petang sekeluarga. Dapat labu manis lagi syok nak makan nanti.
RESEPI BINGKA LABU
Yang dah lama rasa tak makan kuih kampung atau dah teringat dengan kuih muih kampung, bolehlah try buat bingka labu ni kat rumah. Resepinya tersangatlah mudah. Tengok bahan-bahan kat bawah ni dulu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan labu (kukus sampai lembut)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan
- 3/4 cawan gula
- 2 biji telur
- 2 sudu bsr butter
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sdk garam
CARA PENYEDIAAN BINGKA LABU :
▶️ Blendkan semua bahan diatas hingga sebati.
▶️ Sapukan acuan/loyang dengan sedikit butter. Masukan bahan blend tadi.
▶️ Bakar dengan suhu 160C dalam masa 1 jam atau hingga masak mengikut oven masing-masing.
▶️ Tunggu sejuk baru potong. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Jeruk Rambutan Masam-Masam Manis. Kecur Liur Dibuatnya!
Semudah tu je nak buat bingka labu ni. Rebus, blend dan masuk dalam loyang. Kemudian, bakar. Dulu takde blander, tok nek kita buat macam mana ye. Mesti hancurkan guna senduk je kan.
Tengok kuih ni teringat pulak zaman kecil-kecil dulu. Arwah nenek dan atuk sibuk buat kuih ni bila anak-anak balik kampung. Tak dapat labu, mesti nenek dan atuk buat bingka jagung. Masing-masing berebut!
Best tau makan kuih ni! Lagi-lagi bila bakar guna sabut kelapa. Bau dia lain macam. Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sue Abdullah kerana sudi berkongsi resepi bingka labu ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!