Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bebola Kristal Keledek Yang Mudah Dan Sedap. Makan Panas-Panas Lagi Sedap!

0 1,458

Korang pernah buat kuih menggunakan ubi keledek? Ha! Kalau tak pernah, korang boleh try resepi bebola kristal keledek ni. Memang sedap sangat! Lagi-lagi bila dimakan panas-panas. Berebut kuih dalam pinggan nanti. Sesuai sangat untuk hidangan minum petang.

Kuih ni antara kuih yang mudah dibuat. Cuma perlu lenyekkan keledek oren yang dah dikukus. Kemudian, buat doh menggunakan tepung gandum, baking powder dan beberapa bahan yang lain. Bila dah siap doh, bentukkan bulat-bulat. Kemudian, goreng sehingga kekuningan.

Untuk dapatkan bentuk bebola kristal keledek yang cantik, korang kena campurkan sedikit majerin untuk garingkan kuih dan kulit doh juga jadi lebih licin. Yang ni antara tips yang wajib korang gunakan bila nak buat kuih ni. Barulah cantik hasil kuih yang korang nak hidang nanti.

Bila dah siap goreng, korang boleh salut kuih dengan gula castor. Wah! Lagi sedap ye. Rasa manis di luar dan masin-masin lemak di dalam. Nak tahu cara mudah buat kuih ni, korang follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Jalilah JJ Homemade. Resepi ni viral 2.6k share kat Facebook ye. Ramai yang suka!

Sekali pandang dah rasa nak cuba kat rumah. Ubi keledek oren ni kalau nak goreng nipis-nipis macam pisang goreng pun dah sedap. Apatah lagi bila di buat bebola kristal macam ni. Korang boleh makan dengan dua cara ye. Bersalut gula atapun tidak. Dua-dua pun ada keenakannya yang tersendiri.

 

RESEPI BEBOLA KRISTAL KELEDEK

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan bebola kristal keledek ni. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah try buat kat rumah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500 gram keledek oren (yang telah dikukus)
  • 125 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit majerin (untuk garingkan dan kulit doh licin)
  • Sedikit garam
  • Gula castor secukupnya (salutan bebola)

CARA PENYEDIAAN BEBOLA KRISTAL KELEDEK :

▶️ Lenyek keledek waktu panas dengan garam.

▶️ Biar betul-betul sejuk baru campur tepung dan baking powder yang telah di ayak.

▶️ Uli hingga jadi doh tak melekat di tangan.

▶️ Ambil sedikit majerin dan uli sebati.

▶️ Kemudian, bulat-bulatkan sebesar guli hingga habis dan goreng dalam minyak yang banyak hingga kuning keemasan.

▶️ Angkat dan toskan. Salut pula gula castor putih waktu panas-panas.

▶️ Sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sambal Belado Bilis, Kentang, Tempe Dan Terung. Makan Ratah Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!

 

Makan kuih ni time panas-panas memang sedap sangat ye. Tengok hasil kulitnya cantik, licin dan terbentuk elok je. Mesti korang tak sabar nak makan kan. Nampak macam cekodok, macam donut kecil pun ada. Sekali pandang je. Try gigit, keledek oren ye!

Kalau dah bosan asyik buat kuih yang sama, elok korang try buat kuih ni. Tak pernah lagi jumpa orang jual kuih ni kat luar. Kebanyakkannya, goreng keledek ni nipis-nipis macam pisang goreng je. Tak tahu pulak ada resepi sedap macam ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Jalilah JJ Homemade kerana sudi berkongsi resepi bebola kristal keledek yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open