Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Puri Inti Kastard Yang Paling Sedap. Inti Mencair Kat Dalam Mulut!
Kawan satu office cakap tak susah pun buat kuih apam puri ni, kita orang memang hantu kuih ni! Kalau beli tak pernahnya cukup. Berebut masing-masing nak makan. Kali ni nak buat sendiri kat rumah. Kita follow je resepi apam puri inti kastard ni kat sini. Sangat senang!
Memandangkan dah craving sangat nak makan banyak-banyak, apa lagi mari la kita buat project hujung minggu kuih apam puri ini kastard ni. Bentuk sebijik macam karipap. Tapi bukan ye. Apam puri ni lembut dan intinya mencari di mulut. Rugi tak cuba buat kuih ni kat rumah.
Tak payah susah-susah nak kelip tepi kuih ni. Guna acuan karipap je senang. Letak kulit kat acuan, masuk inti dan tekap. Terus siap! Kerja nak buat kuih ni jadi lebih mudah. Kuih ni sesuai dihidang untuk minum petang. Buat sendiri lagi puas hati.
Resepi apam puri inti kastard ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Faizal Iqmal. Kuih ni pernah viral ye. Boleh buat macam-macam warna pulak tu. Kalau nak buat untuk majlis, elok kalau korang pelbagaikan warnanya. Lagi menarik!
Korang yang takut manis jangan risau. Penggunaan gula dalam penyediaan inti kastard ni boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Kalau tak suka manis, korang kurangkan je sukatan gula tu. Sebab kulit apam ni pun dah ada campuran gula. So, kuih ni agak manis.
RESEPI APAM PURI INTI KASTARD
Tak nak buang masa lagi. Rasa dah lama tak makan kuih ni. Last beli kat pasar malam beberapa bulan yang lepas. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan apam puri ni. Step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan inti :
-
1 cawan tepung gandum
-
2 sudu besar tepung kastad
-
1 cawan gula
-
3 cawan air
-
Sedikit pewarna kuning
Bahan-bahan untuk kulit :
-
2 cawan tepung gandum
-
1 biji telur
-
1/2 paket yis
-
4 sudu besar gula
-
2 cawan air
-
Sedikit garam
-
Sedikit pewarna (ikut suka nak warna apa)
CARA PENYEDIAAN APAM PURI INTI KASTARD :
Cara penyediaan inti :
▶️ Kacau sampai sebati bahan diatas.
▶️ Masak atas api dapur hingga likat.
Cara penyediaan kulit :
▶️ Kisar semua bahan sampai sebati, perap lima minit.
▶️ Masak seperti membuat kuih dadar atau pancake.
▶️ Masak hanya sebelah permukaan sahaja (tak perlu terbalikkan).
▶️ Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan.
▶️ Isikan dengan inti kastard yang telah dibuat tadi.
▶️ Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut.
▶️ Tekan dengan sudu untuk mendapat bentuk yang cantik.
Dah siap pun kuih apam puri kita. Tau tak kuih ni pun salah satu kuih tradisional orang melayu. Nak hidang kat majlis kenduri kendara atau majlis sambutan pun sesuai. Pelbagaikan warna apam ni. Baru la ramai yang tertarik nanti.
Sebaiknya guna fry pan yang kecil untuk dapatkan bentuk yang sama besar. Takde la karipap korang ada besar ada kecik nanti. Korang yang takde acuan karipap boleh klip hujung apam dengan garfu ye. Bila-bila masa boleh buat kuih ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Faizal Iqmal kerana sudi berkongsi resepi apam puri inti kastard yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!