Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Lenggang Untuk Breakfast. Cicah Dengan Kari Sardin Lagi Sedap!
Pagi-pagi buat apam lenggang pun sedap kan. Makan pulak dengan kari sardin letak cili bagi pedas, lagi sedap! Confirm tak cukup satu dibuatnya. Jom follow resepi apam lenggang kat sini. Mudah je nak buatnya.
Aku pun dah lama sangat tak makan apam lenggang. Kuih ni susah jumpa orang jual kat luar. Biasa buat sendiri je kat rumah. Yang ni bukan kuih ketayap ye. Tekstur apam lagi tebal dari kuih ketayap.
Kuih apam lenggang ni merupakan kuih traditional yang ramai penggemarnya. Boleh dimakan cicah kari sardin, kari ayam, kari daging, sambal, susu dan lain-lain. Anak-anak kita pun mesti suka makan kuih ni.
Resepi apam lenggang ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Sangat mudah cara penyediaannya. Selain dijadikan menu sarapan pagi, apam ni sesuai jugak di jadikan menu minum petang.
Dulu kecil-kecil mak aku selalu sangat buat kuih ni. Kadang-kadang campur kelapa parut dalam adunan kuih lenggang. Apam yang di letak kelapa parut pun sedap ye. Masak bagi garing lagi sedap!
RESEPI APAM LENGGANG
Rupanya nak buat apam lenggang ni kena guna santan jugak ye. Baru la aku tahu. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Step pengediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 11/2cwn tepung beras
- 1/2cwn tepung gandum
- 1bji telur
- 1/2cwn gula
- 1sdk yis
- 1cwn santan pekat
- 1cwn air
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN APAM LENGGANG :
▶️ Campur semua bahan dan tapis. Perap sejam.
▶️ Guna nonstick pan, sapu sikit minyk sebelum tuang 1 senduk adunan.
▶️ Lenggang-lenggangkan hingga merata seluruh kuali.
▶️ Tak perlu dibalikkan.
▶️ Dah masak angkat dan gulung.
▶️ Masak sardin macam biasa untuk cicah.
▶️ Sedia untuk dinikmati.
BACA JUGA : Resepi Sup Kaki Dan Kuah Cili Kicap. Makan Panas-Panas Perah Limau Lagi Sedap!
Wah! Sedapnya. Nampak lembut dan gebu apam kita ni. Makan panas sejuk tetap lembut. Sebab kita dah peram adunan lama dan ada campuran yis di dalamnya. Makan apam ni dengan sambal ikan bilis pun sedap tau.
Korang yang dah takde idea nak buat sarapan apa pagi ni. Boleh la cuba buat apam ni. Mesti beza sedikit dengan apam yang biasa korang buat kan. Resepi dah ada tinggal follow je.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi apam lenggang yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!