Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Apam Balik Rangup Yang Mudah Dan Sedap. Masak Atas Kuali Je, Lagi Senang! 

0 814

Wah! Petang-petang macam ni sedap juga kalau dapat makan apam balik kan? Nak beli kat luar, tak puas pula nak makan. Seciput je kacang dan jagung kat dalam tu. Apa kata korang follow resepi apam balik rangup yang mudah dan sedap ni kat sini. Confirm nak lagi!

Mudah je nak buat apam balik rangup ni. Korang boleh masak atas kuali je, tak payah nak guna acuan dia tu. Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaannya pun tak banyak. Mungkin dah ada kat dapur masing-masing. Sebab bahan yang digunakan ni antara bahan asas buat kuih.

Apam balik ni boleh di buat nipis dan juga tebal. Tapi mesti ramai yang suka jenis nipis dan garing tu kan. Kalau buat sendiri korang boleh letak kacang dan jagung banyak mana yang korang suka. Kalau beli kat luar tu memang seciput je di letaknya. Memang tak puas nak makan.

Banyak je peniaga kecil yang jual apam balik ni. Ada yang jual kat pasar malam, ada juga yang jual kat tepi jalan untuk minum petang. Kuih ni antara paling sedap di makan petang-petang. Hidang panas-panas, baru syok nak makan kan. Dapat pula tekstur rangup macam ni. Memang tak cukup sekeping dibuatnya.

Resepi apam balik rangup ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Aurora Miszz Aurora melalui laman Facebooknya. Ramai jugak yang share resepi ni. Mungkin mereka pun gemar dengan apam balik yang rangup macam ni. So, korang yang gemar dengan apam balik rangup boleh terus save siap-siap resepi ni.

 

RESEPI APAM BALIK RANGUP

Bosan juga asyik masak pisang goreng dan cekodok. Kali ni bolehlah bertukar selera. Tak kan nak beli lagi kan,  kalau dah ada resepi mudah kat sini. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • 1/2 cup gula pasir
  • 1 tsp bicarbonate of soda
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp dry yeast
  • 1 biji telor
  • 400 ml air
  • Susu pekat 4 sudu besar
  • 1/2 tsp Garam
  • Minyak untok mengoles acuan

Bahan untuk taburan : 
  • Gula pasir
  • Kacang tanah tumbuk sederhana halus
  • Marjerin
  • Jagung cream

CARA PENYEDIAAN APAM BALIK RANGUP : 

▶️ Pukul telur dengan gula hingga kembang. Kemudian, tuang air, susu pekat, yeast, soda bikarbonat dan baking powder. Nak blender pun boleh. Lagi senang!

▶️ Dah nampak kembang tu, masukkan tepung gandum dan blend lagi sampai sebati. Rehatkan adonan 1/2 jam.

▶️ Oles minyak di tepi keliling non stick pan. Kemudian, tuangkan 1 sendok kecil adunan ke acuan dan ratakan. Adunan akan melekat di acuan. Buat nipis-nipis je tau. Baru crispy gitu!

▶️ Terus taburkan bahan-bahan taburan sesuka hati nak letak banyak mana.

▶️ Api kena kecil takut hangus pulak nanti. Nampak dah agak garing, lipat dua dan boleh angkat dari pan.

▶️ Sapu marjerin sikit atas apam balik yang dah siap. Bagi nampak kilat-kilat gitu. Siap!

 

BACA JUGA : Teringin Nak Makan Pani Puri? Jom Follow Resepinya Di Sini. Mudah Dan Sedap Sangat. Makan Satu Confirm Tak Cukup!

 

Siap untuk dihidang! Wah, rangup ye apam balik ni. Memang sedap sangat! Berbaloi buat sendiri dari beli kat luar. Kalau korang suka jagung, memang sakit hati beli kat luar, nak jagung lebih pun tetap bagi seciput. Memang tak rasa nikmat nak makan.

Lepas ni, korang yang memang suka makan apam balik rangup kena buat sendiri je. Tak susah pun nak buat adunan apam balik ni. Korang boleh blend je semua bahan adunan. Kembang elok pulak tu. Lagi senang!

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Aurora Miszz Aurora kerana sudi berkongsi resepi apam balik rangup yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open