Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Rahsia Keenakan Kuih Bahulu Cappuccino Masa Kini. Lembut Dan Pasti Sedap!

0 358

Zaman sekarang pelbagai corak dan rasa kuih bahulu yang kita temui. Baru-baru ini ternampak post seorang pengguna media sosial yang berkongsi resepi kuih bahulu cappuccino. Agak menarik resepi ni, wajib dicuba oleh semua penggemar kuih bahulu.

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia. Kuih ini menjadi satu resepi utama masyarakat kita untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.

Masa dahulu proses untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Tapi sekarang, kuih bahulu boleh dibuat dengan mudah. Cuma perlu bakar atas oven sahaja.

Resepi kuih bahulu cappuccino ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Badariah Abdrahman melalui laman facebooknya. Kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong.

 

RESEPI KUIH BAHULU CAPPUCCINO 

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang, kuih bahulu ini telah banyak diubah suai. Ditambah dengan perasa yang pelbagai selain perasa aslinya seperti perasa strawberry, pandan, coklat dan macam-macam lagi. Jom follow resepi kuih bahulu cappuccino pula.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 2 cawan.
  • 2 cawan telur. Anggaran dalam 10 biji grade B.
  • 2 1/3 cawan tepung gandum dijemur atau disangai. (perlu diayak)
  • 2 sudu besar tepung naik sendiri.
  • 1/2 sudu kecil baking powder.
  • Coklat rise secukupnya.
  • Perasa cappuccino.
  • Pewarna coklat emulco.

CARA PENYEDIAAN KUIH BAHULU CAPPUCCINO : 

▶️ Panaskan oven pada suhu 200°C.

▶️ Sediakan adunan bahulu. Pukul telur di dalam mangkuk kaca hingga kembang.

▶️ Masukkan gula dan terus memukulnya hingga campuran menjadi likat, pucat dan melekit.

▶️ Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur sambil mengaup balik perlahan-lahan sehingga sebati.

▶️ Masukkan pewarna coklat emulco dan juga perasa cappuccino. Kacau hingga sebati.

▶️ Griskan acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan di dalam oven selama 5 minit.

▶️ Bakar bahulu dengan api atas dan bawah. Sudukan adunan bahulu ke dalam acuan sehingga hampir penuh.

▶️ Setelah masak, angkat bahulu dengan menggunakan pencucuk sate atau pencungkil gigi.

▶️ Ulangi proses membakar sehingga semua adunan habis.

▶️ Biarkan bahulu sejuk sebelum menyimpannya dalam bekas yang kedap udara.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas. Confirm Puas Hati!

 

Siap untuk dihidang! Kuih bahulu ni dapat makan panas-panas sedap sangat. Tapi kalau kita simpan atau beli dekat pasaraya mesti dah sejukkan. Ia tetap sedap dan boleh dicelup dalam air panas. Fuh! sedapnya.

Disebabkan kuih bahulu boleh bertahan lama dan tidak mudah rosak, ramai masyarakat kita hari ini menjadikan kuih bahulu ini sebagai gudis majlis perkahwinan. Dihadiahkan kepada para tetamu yang datang. Ambil berkatlah katakan.

Kalau anda rasa nak bertukar selera kuih bahulu, bolehlah cuba resepi kuih bahulu cappuccino ini. Anak-anak pun pasti suka. Boleh dijadikan kudapan sambil menonton tv. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open