Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Rahsia Buat Apam Nasi Yang Sedap Dan Gebu. Sedap Buat Minum Petang!

0 6,583

Kalau ada nasi sejuk semalam punya tu jangan dibuang! Banyak benda boleh buat dengan nasi sejuk ni. Antaranya nasi goreng dan juga apam nasi.

Memang favourite betul lah kalau diberi makan apam nasi ni. Makan time dia masih panas, memang cepat je lah habis dimakannya. Berebut lagi tau dengan anak-anak sebab semua suka makan!

Bila jumpe resepi daripada Cik Puan Nurul Izzah Joelati ni terasa mudah dan senang je nak hasilkan resepi apam nasi ni. Nak buat warna apa pun boleh, terpulang kepada kita.

Jom saya kongsikan cara nak buat apam nasi ni. Dan apa bahan-bahan yang kita akan gunakan untuk membuat apam nasi ni. Gambar cara penyediaan dikongsikan oleh Mama Jue yang awesome!

 

RESEPI APAM NASI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 ¼ cawan air suam
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 cawan tepung Beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • ½ sudu kecil garam halus

CARA PENYEDIAAN APAM NASI :

▶ Mula-mula sekali, kisarkan hingga halus nasi sejuk, air suam dan juga gula.

▶ Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis mauripan ke dalam bahan kisar tadi. kacau sampai sebati semua bahan.

▶ Akhir sekali, masukkan garam halus dan kacau sebati.

▶ Tutup bekas dan perap selama ½ jam hingga 1 jam. Biarkan dia mengembar seketika.

▶ Seterusnya, oles acuan dengan minyak supaya tidak melekat apam kita nanti.

▶ Tuang adunan dalam acuan dalam ¾ sahaja. Jangan letak penuh sebab nanti apam kita akan berkembang selepas dikukus.

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Dam Yang Sedap Dan Rangup. Rasa Yang Sedap Dan Marvellous!

▶ Panaskan periuk kukus. Pastikan air dah mendidih, baru masukkan apam kita.

▶ Kukus selama 15 minit atau sehingga apam kita masak. Boleh cucuk apam dengan lidi. Jika tidak melekat, bermaksud ianya masak sempurna!

▶ Bila dah masak, keluarkan dari acuan dan siap. Sedia untuk sihidangkan!

Waah! Bila kita dah tahu macam mana nak buat apam nasi ni, tak lah risau bila ada nasi sejuk semalam kan. Boleh transform je jadi apam nasi. Semua orang suka makan.

Ada yang suka makan cicah dengan kelapa parut, ada juga yang suka makan macam tu je. Dua-dua cara boleh guna dan confirm rasa dia sedap.

Yang mana baru tahu rahsia dan cara nak buat apam nasi ni, bolehlah cuba buat dan hidangkan untuk minum petang atau makan pagi.

Selamat mencuba ye kawan-kawan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open