Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Menu Minum Petang Lepat Labu Manis. Kuih Tradisi Yang Pastinya Disukai Ramai!
Lepat labu manis merupakan kuih tradisional dikalangan orang melayu. Kuih ini masih sangat popular hingga sekarang. Dan ianya sudah pasti menjadi kuih kegemaran ramai. Kuih lepat labu ini sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga.
Kuih lepat labu ini sering kali dijual di gerai tepi jalan dan juga warung sarapan pagi. Rasanya yang lembut, manis dan berintikan putih parut kelapa sudah cukup membuka selera penggemar kuih tradisional ini.
Kebiasaannya, kuih ini juga akan dihidangkan bila ada kenduri kendara, atau majlis keramaian. Begitu juga hotel-hotel ternama, kuih ini akan menjadi satu menu kuih muih buffet ramadhan.
Nak buat sendiri kuih ini sangatlah mudah. Jom kita follow resepi yang telah dikongsikan oleh Cik Puan No Or. Beliau memang gemar berkongsi resepi masakan di facebook buat kegunaan pengguna media sosial.
Seperti yang kita tahu, kaedah memasak lepat labu ini adalah dengan cara mengukus. Terdapat pelbagai jenis lepat antaranya lepat pisang, lepat ubi, lepat jagung dan macam-macam lagi. Masing-masing mempunyai rasa keenakan yang tersendiri.
RESEPI LEPAT LABU MANIS
Nak buat lepat ni wajib ada daun pisang. Kalau tak ada daun pisang bukan lepat namanya. Kalau daun pisang ada kat belakang rumah tu, rajin-rajinkan lah diri buat lepat. Ok, mari kita lihat cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 biji labu manis (direbus)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula (adjust ikut manis yang anda suka)
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1/2 biji kelapa parut yang putih sahaja (gaul dan perasakan dengan garam)
- Daun pisang secukupnya (dilayur)
CARA PENYEDIAAN LEPAT LABU MANIS :
▶️ Lenyek labu dengan gula hingga hancur dan rata.
▶️ Masukkan garam dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata, jangan ada yang berketul-ketul. Bancuhan jangan lembik dan jangan keras. Agak-agak adunan seperti adunan cucur sahaja.
▶️ Panaskan pengukus. Sediakan daun yang telah dilayur.
▶️ Letakkan bancuhan sesudu lebih sikit ke atas daun pisang.
▶️ Letakkan pula inti kelapa di atas bancuhan tepung tadi.
▶️ Gulung dan lipat kemas daun pisang. Susun dalam loyang dan ulang step hingga habis bancuhan.
▶️ Masukkan dalam kukusan yang sudah dipanaskan. Kukus sehingga masak.
▶️ Tunggu sejuk sikit, bolehlah dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi mee kuning buatan sendiri Tanpa Kapur Dan Tanpa Bahan Pengawet. Guna 5 Bahan Je Tau!
Lepat labu ni nak makan waktu panas-panas pun sedap, waktu sejuk pun sedap. Dapat pula minum petang lepat labu dengan kopi panas, memang terangkat dibuatnya.
Memandangkan sekarang bulan ramadhan, bolehlah buat lepat labu ni dan bagi-bagi jiran sebelah rumah. Kita kumpul pahala bulan ramadhan. Lebih-lebih lagi pada yang ada daun pisang belakang rumah, wajib cuba resepi ni. Sedap sangat tau.
Lepas ni tak perlu beli lepat labu kat luar lagi. Resepi dah ada, boleh buatnya sendiri dirumah. Lebih puas hati. Semoga resepi lepat labu manis ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!