Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Jom Sarapan Dengan Kuih Kaswi Gula Merah. Kuih Lagend Yang Tak Pernah Jemu Dimakan!

0 804

Kuih kaswi gula merah atau juga dikenali sebagai kuih lompang merupakan kuih tradisional yang dikatakan lagend. Tak pernah rasa jemu untuk memakannya. Kuih ini sejenis kuih talam yang lembut dan sesuai bagi semua peringkat umur.

Kuih kaswi gula merah ini akan ditaburkan kelapa parut yang telah diperasakan dengan garam. Bila dimakan terasa lemak manis je kuih ni. Tak muak pun.  Selalunya dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang bersama kopi.

Kuih ini juga sering kali dijual digerai tepi jalan diwaktu pagi. Yang pergi berkerja biasanya akan singgah membelinya untuk dibawa bekalan ketempat kerja. Laku keras kuih ni dijual.

Selain dibeli, anda juga boleh membuatnya secara homemade. Sangat mudah dibuat dan tak renyah. Kuih kaswi juga boleh dipelbagaikan rasanya seperti kaswi jagung, kaswi pandan dan macam-macam lagi.

Kepada mereka yang ingin menyediakannya secara homemade, boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noriza Awang Hamat melalui perkongsiannnya di Facebook. Yang baru nak belajar pun boleh cuba. Confirm menjadi!

 

RESEPI KUIH KASWI GULA MELAKA

Pesanan buat mereka yang buat kuih ini secara homemade. Taburkan kelapa parut pada kuih kaswi yang nak dihidangan  sahaja. Selebihnya jangan dulu. Kalau ditabur terlalu awal, kuih kaswi akan cepat basi dan tah tahan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 1 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

 

Bahan B :
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 3 cwn air biasa
  • 1 sb air kapur

 

Bahan C :
  • Kelapa parut
  • Garam

CARA PENYEDIAAN KUIH KASWI GULA MELAKA :

▶️ Masak semua bahan A sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.

▶️ Air gula yang dimasak tadi dijadikan 2 cawan.

▶️ Satukan semua bahan B. Kemudian, masukkan kedalam blander.

▶️ Campurkan sekali air gula merah tadi dalam blender. Dan blend sekali semua sehingga sebati.

▶️ Sapu loyang 9 inci dengan sedikit minyak.

▶️ Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan kukuh sehingga masak. Kukus lebih kurang 45 minit.

▶️ Dah siap kukus, sejukkan seketika baru potong.

▶️ Satukan Bahan C dan gaul rata. Taburkan dan gulung kuih kaswi pada kelapa parut yang dah diperasakan dengan garam secukupnya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Bonda Yang Paling Simple. Sedap Sangat Dijadikan Penambah Rasa Dalam Hidangan!

 

Siap untuk dihidang! Kuih kaswi ini juga sering menjadi pilihan menu kuih muih dimajlis kenduri kendara. Kuih ini pasti menjadi kuih turun temurun orang Melayu sebab mudah dibuat dan rasanya juga cukup sedap.

Kuih kaswi juga boleh dibuat 3 lapis dan menggabungkan pelbagai rasa didalamnya. Cantik juga hasilnya. Biasanya akan dimakan selapis demi selapis untuk menikmati keenakan setiap perisa di setiap lapisan.

Sangat mudah resepi kuih kaswi ni, cuma menggunakan blender untuk membuat adunan. Lepas ni tak perlu beli diluar lagi, buat secara homemade lebih puas hati. Semoga resepi kuih kaswi gula merah ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open