Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Dulu Makan Kuih Bakul Waktu Raya Cina Je, Sekarang Dah Pandai Buat Sendiri!

Kuih bakul
0 1,729

Sempena tahun baru cina baru-baru ni, saya nak kongsikan resepi kuih bakul yang menjadi makanan wajib pada musim perayaan tahun baru cina.

Walaupun ianya makanan masyarakat cina, tapi makanan kuih bakul ni dah ramai yang suka makan dan pandai buat sendiri. Sia pada yang dah buat jualan kuih bakul homemade sendiri tau.

Jadi, kepada yang teringin nak makan kuih bakul tak perlu lagi tunggu musim raya cina untuk rasa kuih bakul ni. Hari-hari biasana pun ada dan senang ank dapat.

Menerusi perkongsian daripada Tuan Azahari Abdullah ni nampak macam mudah nak buat mengguanakan daun pisang sahaja.

Resepi Kuih bakul atau nama lainnya ialah Nian Gao ni memang sedap dimakan. Rasa dia yang sedikit manis, dan rasa sebiji sama macam yang orang cina buat.

 

RESEPI KUIH BAKUL

Kalau sebelum ni ianya dimakan ketika musim perayaan sahaja, sekarang ni memang sedia ada sahaja dijual untuk dimakan. Ada yang jual secara online dan ada yang jual untuk dijadikan goodies perkahwinan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500 gram gula kasar
  • 500 gram tepung pulut
  • 350 gram air panas
  • Daun pisang dilayur

CARA PENYEDIAAN KUIH BAKUL :

▶ Mula-mula sekali, masukkan gula putih ke dalam periuk atau  kuali sehingga menjadi cair dan bertukar keperangan.

▶ Kemudian masukkan air panas kacau laju-laju.

▶ Gula dan sebati, rehatkan sekejap sehingga gula tadi menjadi suam.

▶ Dalam bekas yang lain, masukkan tepung pulut dan tuang sedikit demi sedikit gula perang tadi sehingga semua bahan sebati dan larut.

▶ Angkat adunan, bila nampak tidak putus atau bertali-tali tu sudah okay. Biarkan pekat-pekat cair. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.

▶ Sediakan bekas bulat dan balutkan dengan daun pisang sebagai acuan.

▶ Tuangkan adunan ke dalam acuan tadi.

▶ Kukus sehingga 6 hingga 8 jam.

▶ Biarkan kuih bakul sejuk sekejap dan mengeras barulah sesuai untuk dimakan.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Buat Maggy Kari Telur Goyang Macam Ni, Daripada Kenyang Terus Lapar Balik!

 

Waah! Sikit betul bahan yang digunakan untuk buat kuih bakul ni. Patutlah ramai yang pandai buat dan menjadi je setiap kali buat. Sebab memang senang dan mudah sahaja nak hasilkan kuih bakul ni.

Bila dah siap, bolehlah hidangkan untuk buat makan petang. Kalau buat dalam loyang besar, lapikkan juga dengan daun pisang. Bau wangi daun pisang ni menjadikan kuih bakul kita lebih sedap.

Simpan resepi kuih bakul ni dulu jika tak dapat buat sekarang. Sharekan di wall facebook masing-masing supaya senang kita nak buat nanti dan mudah kita nak scroll semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open