Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Donat Pintal Yang Lembut, Gebu Dan Semestinya Sedap. Patutlah Viral 151K Di Facebook.

0 3,419

Ada tak penggemar donat kat sini? Kalau ada, bolehlah korang cuba buat donat pintal yang lembut dan gebu ni. Nak buat banyak untuk frozenkan pun boleh ye. So, senang! Bila-bila nak makan korang tinggal goreng je nanti.

Biasanya kita jumpa donat bentuk bulat je. Tapi kali ni nak bagi korang makan donat bentuk lain pula. Walaupun bentuknya berpintal. Tapi rasanya tetap sama dengan donat bentuk bulat tu. Bentuk je yang membezakannya.

Donat antara kuih yang sangat popular dari dulu sampai sekarang. Luarnya manis. Selain digulung dengan gula. Donat juga boleh di perisakan bahagian atasnya dengan pelbagai. Contoh coklat, strawberry, cheese dan macam-macam lagi.

Anak-anak juga antara penggemar setia kuih donat. Donat yang gebu dan juga lembut biasanya akan menjadi perhatian ramai. Resepi dari Cik Puan Wan Anisa pasti tak akan mengecewakan. Sebab tu viral 151k di Facebook.

Hasil perkongsian resepi ni di Facebook, ramai pengguna media sosial ni yang teruja dengan hasil donat yang segebu ni. Resepi yang di kongsi sangat jelas dan mudah di faham. Jom masing-masing kita cuba kat rumah.

 

RESEPI DONUT PINTAL 

Adunan ni boleh dibuat untuk donat bentuk biasa juga ye. So, tak nak buang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Kalau dah lengkap bolehlah buat bila ada kelapangan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan air suam
  • Yis sebungkus
  • Sebijik telur
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin

CARA PENYEDIAAN DONUT PINTAL :

▶️ Bancuh 3 sudu besar susu pekat dalam 1/2 cawan air suam.

▶️ Masukkan yis sebungkus dan diikuti dengan sebiji telur.

▶️ Tambah 1 sudu kecil gula. Kemudian, kacau sedikit. Tutup bekas yis tu, biar sampai kembang.

▶️ Ayakkan 1 kg tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik.

▶️ Masukkan 1 sudu kecil garam & 2 sudu besar gula.

▶️ Masukkan pula 2 sudu besar marjerin. Gaul sampai jadi macam kat atas tu.

▶️ Ini rupa yis yang dah kembang. Tuang masuk ke dalam adunan tepung tadi.

▶️ Dah tu, bolehlah gaul-gaulkan. Sampailah jadi macam ni.

▶️ Lepastu masukkan air suam. Agak-agak boleh uli je.

▶️ Kemudian, uli sampai jadi licin macam kat atas tu. Sampai lembut & ringan.

▶️ Ambil masa lebih kurang 20 minit macam tu. Kalau tak cukup uli, nanti masa goreng tu donat ni akan lari bentuk. Takut jadi kedut sebelah.

▶️ Ni doh yang dah siap kembang. Wow! Kembang semangkok dah. Masa untuk nak keluarkan angin dalam tepung. Tumbuk-tumbuk je doh.

▶️ Kemudian, uli balik sampai jadi licin lagi.

▶️ Cara nak bentukkan donat pintal, buat macam kat dalam gambar. Buat jadi lengkung.

▶️ Cantumkan di hujung bagi kemas. Takut terbuka bila donat tu kembang nanti.

▶️ Tunggu sampai kembang lebih kurang 15 minit. Dah kembang, bolehlah di goreng.

▶️ Boleh juga kalau nak frozenkan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Bubur Ashura Orang Utara Yang Paling Sedap Dan Mantap. Mudah Je, Rugi Tak Cuba!

 

Wow! Patutlah viral! Memang cantik hasil kejadian donat pintal ni. Lembut dan gebu sangat. Dah siap goreng nanti, bolehlah salut donat dengan gula sebelum dihidang. Donat ni sedap sangat di hidang panas-panas tau.

Layan dengan kopi atau tea panas pun sedap weh! Boleh di jadikan hidangan minum petang dan juga sarapan pagi. Korang boleh buat kuih ni hujung minggu. Buat banyak dan frozenkan. Kalau tak sempat sedia sarapan, goreng je donat ni. Mudahkan!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Cik Puan Wan Anisa kerana sudi berkongsi resepi donat pintal yang lembut dan gebu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open