Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Apam Balik Gebu Ala Pasar Malam. Makan Panas-Panas Memang Sedap!

0 696

Siapa je yang tak suka makan apam balik kan? Kalau kat pasar malam tu, kuih apam balik ni lah antara kuih yang paling ramai orang beli. So, apa kata hari ni kita buat apam balik gebu ala pasar malam di rumah. Confirm nak lagi dibuatnya!

Kuih ni sedap di makan panas-panas plus ada extra inti kacang dan jagung di dalamnya. Kekadang ada juga peniaga yang kedekut sikit nak letak ini. Kalau buat sendiri kat rumah mesti lagi puas hati nak makan nanti kan. Nak letak banyak mana inti pun boleh.

Apam balik sekarang ni dah ada macam-macam perisa. Ada yang letak coklat, cheese dan macam-macam perisa lagi didalamnya. Rupanya takde acuan pun korang boleh buat ye. Guna je kuali non stick yang ada kat dapur korang tu. Confirm menjadi.

Petang-petang kalau ada kelapangan di rumah, elok buat sendiri je apam balik ni. Bahan yang di gunakan pun tak banyak. Cara panyediaannya pun mudah sangat. Nak lebih detail, korang follow resepi yang di kongsikan oleh Encik Roslan Rusly ni. Memang sedap ala-ala pasar malam.

Kalau buat sendiri, korang boleh adjust nak tebal, nak nipis, nak garing atau pun lembut apam balik korang tu. Semua terpulang akut citarasa masing-masing. Untuk perisa coklat, korang boleh letak coklat nutella je di dalamnya. Anak-anak mesti berebut dibuatnya!

 

RESEPI APAM BALIK GEBU

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Kalau dah lengkap dengan semua bahan. Bolehlah mula buat apam balik kat rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cwnTepung Gandum
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1/2sudu kecil Soda Bikarbonat
  • Telur
  • Garam
  • Gula
  • Kacang
  • Sweet Corn
  • Marjerin
  • Pewarna Kuning
  • Air
  • Esen Vanila

CARA PENYEDIAAN APAM BALIK GEBU :

▶️ Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Adunan ni boleh dapat dalam 4 keping apam balik saiz kecil.

▶️ Masukkan air dan kacau adunan. Lepastu masukkan mentega dan telur. Adunan jangan cair sangat. Pukul adunan biar sebati.

▶️ Masukkan beberapa titik pewarna kuning telur. Sikit je ye nak bagi comel sikit warnanya. Masukkan juga esen vanilla.

▶️ Pukul sampai adunan jadi gebu macam ni. Tak cair tak pekat.Sambil tu masukkan garam biar rasa lemak-lemak sikit.

▶️ Dah siap pukul adunan, masa untuk membuat apam balik. Boleh guna kuali leper.

▶️ Panaskan kuali, ratakan mentega, kecilkan api dan letak adunan tepung tadi. Lepas letakkan adunan atas kuali terus taburkan dulu gula.

▶️ Bila adunan dah nampak masak, taburkan kacang, jagung, mentega. Kalau nak letak choc chop ke, choc rice ke, choc cair ke, iutkan selera masing-masing.

▶️ Settle semua, lipat apam balik macam ni.

▶️ Siap! Selamat menjamu selera.

 

BACA JUGA : Resepi Singgang Sotong Yang Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnta!

 

Dah siap dan boleh dimakan bersama keluarga. Santai petang ke, pagi? Semua boleh je Nak Buat apam balik ni. Simple je cara nak buat apam balik ni. Kalau susah, mesti takde yang jual kat pasar malam kan.

Apam balik, buat sendiri lagi puas hati. Boleh ulang-ulang makan gitu. Jimat pun jimat tau! Tak perlu risau kalau takde acuan kat rumah, guna kuali atau pan yang nipis tu pun dah boleh. Yang penting kena guna kuali non stick.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Roslan Rusly kerana sudi berkongsi resepi apam balik yang gebu ala pasar malam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open