Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Samosa Ayam Dan Daging Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Difrozenkan Dan Dimasak Bila-Bila Masa Sahaja!

0 2,078

Pasti ramai yang nak tahu resepi samosa ayam dan daging kan? Nak buat sendiri kat rumah sebab ramai yang kata cara penyediaan samosa ini sangatlah mudah. Dengan itu lebih baik buat sendiri dari beli diluar.

Samosa ramai penggemarnya. Memasak intinya sama dengan cara masak inti karipap. Kulitnya cuma perlu menggunakan kulit popia sahaja. Masukkan inti dan gulung kulit popia menjadi segi tiga.

Samosa boleh dimakan begitu saja dan sedap juga bila dicicah dengan sos. Samosa juga boleh diperolehi secara frozen dimana-mana pasaraya. Manakala ada juga peniaga kecil yang menjualnya dipasar tamu dan bazar ramadhan.

Jualan samosa ini cukup laku. Tidak kira yang siap digoreng mahupun yang difrozenkan. Ianya merupakan kudapan yang sangat sesuai dihidangkan buat minum petang anda bersama keluarga.

Resepi samosa ayam dan daging ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Siti Mariam. Ikuti saja step yang dikongsikan, pasti menjadi. Walaupun anda baru pertama kali ingin mencubanya.

 

RESEPI SAMOSA AYAM DAN DAGING

Beliau juga berbesar hati, jika ada yang ingin share dan save resepi ini untuk kegunaan bersama. Bila dah pandai buat sendiri, boleh frozenkan pula dan buat berniaga. Jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kulit popia
  • Gam tepung
  • Minyak masak
  • Kentang/ Keledek kuning
  • Ayam/ Daging cincang
  • Bawang putih
  • Bawang kecil
  • Serbuk kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam dan Gula secukupnya
  • Air Secukupnya

CARA PENYEDIAAN SAMOSA AYAM DAN DAGING :

▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.

▶️ Masukkan serbuk kari tumis sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan ayam atau daging yang dicincang dan kentang atau keledek yang telah dipotong dadu.

▶️ Masukkan air untuk elakkan kentang hangus.

▶️ Masak sehingga kentang, ayam atau daging menjadi lembut.

▶️ Terakhir sekali, masukkan daun kari dan daun sup.

▶️ Ambil kulit popia, dan gulung inti menjadi samosa bentuk tiga segi.

▶️ Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.

 

BACA JUGA: Resepi Chicken Varuval Step By Step. Masakan India Selatan Yang Cukup Menyelerakan!

 

Siap untuk dihidang! Dapat pula teh o panas petang-petang macam ni memang seronok. Lepas ni dengan resepi yang ada anda boleh menyediakannya secara homemade. Buat sendiri lebih jimat, nak buat banyak mana pun tak apa.

Inti samosa ni nak lagi sedap banyakkan penggunaan serbuk kari. Jangan kedekut nanti tak sedap tak makan pula. Nak hidang dengan sos cili cair pun dah sedap sangat.

Buat secara homemade kan lebih baik. Terjamin kebersihannya dan terkawal dari penggunaan bahan pengawet. Semoga resepi samosa ayam dan daging ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open