Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Kapal Terbang. Resepi Mudah Dan Rangup!

Kuih kapal terbang
0 8,645

Kuih Kapal Terbang dan kuih tiram adakah kuih yang sama? Exactly sama! Cuma beza pada nama. Tapi seperti biasa, lain orang lain cara pembuatannya. Masing-masing ada tip sendiri untuk hasilkan rasa yang sedap dan marvellous.

Nak makan kuih kapal terbang ni, kena hati-hati sebab ianya bergula. Jadi, makan setempat supaya tidak perlu susah mengemas. Ada yang tidak suka gaulkan dengan gula kerana susah bila anak-anak nak makan.

Tapi, ianya boleh mengurangkan rasa sebab kombinasi kuih kapal terbang dengan gula aising itu yang sedap. Sebagai solusi, asingkan dua bekas. 1 bekas untuk anak-anak tanpa gula. Dan untuk dewasa gaulkan dengan gula terus.

Resepi nak buat kuih kapal terbang ni, dikongsikan oleh Cik Puan Hadirah dalam group facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih Dan Masakan ( BIKMM). Seronok betul berada dalam group ni sebab banyak perkongsian resepi yang ada dan boleh kita follow.

Kepada yang nak cuba buat kuih kapal terbang ni boleh follow resepi yang mudah dan simple ni. Nak makan buat kudap-kudapan pun layanz.

 

RESEPI KUIH KAPAL TERBANG

Kenapa ianya dinamakan dengan kapal terbang mungkin kerana bentuknya seolah-olah kapal terbang maka terhasil lah kuih kapal terbang disebabkan bentuknya itu. Hehe.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • Secubit garam
  • Air
  • 5 sudu besar tepung ubi
  • 5-8 sudu besar minyak
  • Gula halus ( gula aising )
  • Susu tepung ( jika suka)
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN KUIH KAPAL TERBANG :

▶ Mula-mula sekali, satukan tepung gandum, 2 sudu minyak masak, marjerin, garam dan air. Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

▶ Tuang air sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang tidak melekat di tangan. Uli doh sehingga lembut.

▶ Kemudian, dalam bekas yang lain, satukan tepung ubi, sedikit minyak masak. Kacau sehingga larut untuk dijadikan sebagai gam atau pelekat.

▶ Bahagikan doh besar tadi kepada 4 bahagian. Bulatkan.

▶ Seterusnya, ambik 1 bahagian. Canai dengan kayu pencanai sampai nipis. Sapu gak di bahagian atasnya dan gulung doh tadi.

▶ Ambil pisau, potong adunans ebesar ibu jari.

▶ Canaikan lagi memanjang dan masukkan dalam kuali untuk menggoreng.

▶ Bila dah bertukar menjadi warna keemasan, angkat dan toskan minyak.

▶ Biarkan sejuk seketika, gaulkan dengan gula dan juga susu.

▶Siap untuk dihidangkan. Boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk elakkan masuk angin.

TIP :

▶ Ketika menggoreng, gunakan lidi untuk bukak kepaknya supaya nampak lebih cantik.

 

BACA JUGA: Rendang Dendeng Hitam Resepi Orang Perak. Makan Dengan Lemang, Marvellous!

 

Haa, macam mana? Susah tak nak buat kuih kapal terbang ni. Mudah je kan bila ikut satu persatu step yang dikongsikan ni. Kalau nak buat jual pun boleh gunakan resepi ni.

Jika suka makan dengan susu tepung, gaulkan susu dengan gula kemudian baru gaulkan dengan kuih kapal terbang kita.

Bagi yang tak sempat nak buat sekarang jangan lupa sharekan dulu resepi ni supaya mudah nak cari balik dan dapat memberikan manfaat kepada orang lain juga. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open