Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Badak Berendam Original. Resepi Kampung Warisan Nenek!

Badak berendam sedap
0 4,178

Nama kuih zaman dulu memang pelik-pelik bunyinya. Ada yang kuih badak berendam lah, puteri mandi lah pun ada tau. Tapi kalau kuih jenis ni biasanya berkuah dengan santan baru sesuai dengan namanya.

Antara kuih yang paling suka ialah kuih badak berendam ni. Kalau di kampung, bulan puasa memang rajinlah buat sendiri dengan nenek untuk berbuka. Bila azan je, semua pakat makan kuih badak berendam ni dulu tau!

Tapi sekarang ni, kuih badak berendam dah susah nak jumpa kalau di hidup di bandaraya besar. Dekat makcik yang jual kuih pun tidak ada yang menjual kuih badak berendam ni. Jadi kalau rasa nak makan memang kena buat sendiri je lah.

Dalam banyak-banyak resepi kuih badak berendam yang saya jumpa, resepi daripada Cik Puan Rokiah Abdullah ni lebih dekat di hati dan mudah nak ikut. Bahasa yang digunakan mudah kita nak faham. Tambahan pula beliau sediakan sekali gambar.

Kuih badak berendam ni ada beberapa part yang perlu dibuat. Mula-mula bahan dohnya atau badaknya, kemudian inti kelapa yang digunakan dan akhir sekali kuah santannya. Cukup semua ni, memang sedap untuk dinikmati waktu petang.

 

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Kuih badak berendam ni memang kebiasaannya buat warna hijau. Tapi kalau nak buat pelbagai warna pun boleh. Terpulang kepada kita andai boleh menarik anak-anak untuk makan bersama.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN DOH :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu penuh tepung gandum
  • 1 cawan air pandan + sedikit pewarna hijau

 

BAHAN INTI :
  • 1 biji kelapa parut
  • Gula merah
  • Air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu tepung pulut

 

BAHAN KUAHNYA :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • 5 cawan santan
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN KUIH BADAK BERENDAM :

▶ Mula-mula sekali, kita akan buat doh hijau terlebih dahulu. Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dengan air.

▶ Kisar pandan dengan sedikit air, dan pewarna hijau. Boleh masukkan sedikit pewarna kuning untuk warnya lebih cantik.

▶Tuang sedikit demi sedikit ke dalam aduna tepung tadi. Gaul sampai sebati dan jadikan doh yang tidak melekat pada tangan.

▶ Dah siap, bulatkan kecil-kecil untuk dimasukkan inti ke dalamnya.

▶ Untuk memasak inti, sama seperti mana kita buat inti ketayap.

▶ Larutkan gula merah dengan air di dalam kuali. Kacau sampai gula betul-betul hancur. Jangan lupa masukkan daun padan supaya wangi.

▶ Gula dah betul-betul larut, masukkan kelapa parut. Gaul-gaul sekata.

▶ Untuk pekatkan inti, masukkan tepung pulut supaya inti melekat dan pekat.

▶ Leperkan doh, letakkan sedikit inti di bahagian tengah. Bulatkan semula atau bentukkan apa jua bentuk yang kita suka.

▶ Untuk buat tempat kuih kita ni berendam, satukan santan dengan tepung beras, tepung gandum dan sedikit garam. Panaskan atas api hingga naik wap sahaja.

▶ Masukkan doh yang sudah ada inti tadi ke dalam bekas atau loyang. Susun doh, dah tuang santan ke dalamnya.

▶ Kukus sehingga masak dalam anggaran dalam 15 minit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Sup Soto Ayam Yang Sedap Berempah. Guna Santan Untuk Rasa Yang Lebih Padu!

Kuih badak berendam ni, ada yang suka gunakan inti kacang merah, inti durian atau inti kelapa seperti di atas. Bagi saya memang lebih mudah gunakan inti kelapa sahaja. Sedap dimakan dan simple nak buat.

Sharekan dulu resepi kuih badak berendam ni dekat wall facebook masing-masing ye kalau tak dapat nak buat segera. Mana tahu lebih ramai yang boleh dapat manfaat yang sama hasil dari perkongsian resepi kuih badak berendam ni.

Nanti sesekali boleh buat dan hidangkan kepada keluarga kita untuk minum petang. Bagi yang suka makan kuih tradisional macam ni, mesti boleh jatuh suka!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open