Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Angku Cina Halal Yang Mudah Dan Sedap. Lain Warna Lain Intinya, Anda Wajib Cuba!
Kuih angku merupakan kuih masyarakat cina yang digemari ramai orang. Terdapat pelbagai warna kuih angku cina ini dan setiap warnanya mempunyai inti yang berbeza. Nak tahu cara penyediaannya? Jom ikuti perkongsiannya disini.
Kuih ini mempunyai acuannya yang tersendiri. Tapi boleh juga dibuat tanpa menggunakan acuannya. Kuih angku ini amat digemari ramai terutamanya peranakan Baba dan Nyonya.
Teksturnya yang lembut dan kenyal adalah disebabkan penggunaan tepung pulut. Bahan memasak yang digunakan sangatlah mudah diperolehi dan tidak renyah. Anda juga boleh mempelbagaikan warna dan intinya.
Mari kita ikuti perkongsian resepi kuih angku cina dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Bee Angelkelle Jabry. Beliau pernah berkongsi gambar kuih ini difacebook dan ramai yang bertanya bagaimana cara penyediaannya.
Dalam perkongsian ini, inti yang digunakan adalah menggunakan mung bean atau moong dal. Moong dal akan dikukus lebih kurang 1 jam sebelum dilenyekkan dengan gula atau dikisar halur menggunakan blender.
RESEPI KUIH ANGKU CINA
Untuk mendapatkan kuih angku cina yang sedap dan menjadi, anda cuma perlu follow langkah penyediaannya disini. Penggunaan daun pisang juga diperlukan untuk melapik kuih. Tujuannya agar kuih tidak melekat dalam tempat pengukus.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Mungbean (moong dal)
- Gula secukupnya
- Daun pisang (dipotong kecil)
Bahan uli :
- 500g Tepung pulut
- Pewarna makanan pink
- Sedikit garam
- Air untuk bancuhan
- 4sdm minyak masak
CARA PENYEDIAAN KUIH ANGKU CINA :
▶️ Satukan semua bahan uli hingga menjadi doh.
▶️ Cuci bersih kacang dan stim lebih kurang 1 jam atau sampai kacang lembut.
▶️ Dalam keadaan masih panas gaul gula dengan kacang. Sukatan gula terserah ikut tahap kemanisan masing-masing.
▶️ Lenyekkan menggunakan sendok kayu atau apa-apa saja. Nak kacang lagi halus boleh blender.
▶️ Balut inti dengan doh tepung pulut. Kemudian bentuk membulat.
▶️ Letak diatas acuan, kemudian tekan kedalam. Yang tak ada acuan boleh buat bentuk bulat sahaja.
▶️ Terbalikkan acuan menghadap ke bawah dan keluarkan doh. Letak doh diatas daun pisang yang telah dipotong kecil.
▶️ Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Resepi Sotong Kung Pao Ala-Ala Masakan Cina Yang Halal. Pasti Teruja Melihat Hasilnya!
Setiap warna mempunyai inti yang berbeza contohnya warna merah menggunakan inti kacang tanah, hijau pula inti kacang hitam. Manakala kuih angku warna pink pula mempunyi inti moong dhal dibahagian dalamnya.
Cara buat adunan pulut semunya sama, tetapi intinya berbeza. Dan inti apa yang akan menjadi pilihan hati anda. Kuih ini sangat sesuai dihidangkan buat juadah minum petang anda bersama keluarga.
Kepada mereka yang terasa nak bertukar selera juadah minum petang. Apa kata anda cuba resepi kuih angku cina yang sedap ini. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!