Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kaya Ball Homemade Tanpa Mixer, Tanpa Blander. Yang Penting Ada Acuan Semua Jadi. Jom Cuba!

0 1,364

Ada yang cari resepi kaya ball macam kat pasaraya tu? Ha! Jom kita follow resepi kaya ball homemade disini. Tak guna mixer, tak guna blander. Yang penting ada acuan. Nak guna acuan tokoyaki pun boleh, nak guna acuan kuih cara pun boleh.

Adunan kaya ball ini boleh dibuat pancake. Sangat lembut dan menjadi teksturnya. So, kalau nak buat pancake pun boleh. Selain menggunakan inti seri kaya, anda juga boleh menggantikkan intinya dengan coklat nutella, inti pandan dan sebagainya.

Kaya ball ini boleh jumpa kat mana-mana kedai jual waffle. Contohnya pasaraya mydin, tesco, giant dan juga tempat perhentian bas. Teringat pula bila nak balik kampung naik bas. Mesti beli kaya ball ni untuk bekalan dalam bas.

Resepi kaya ball ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Haziqah. Anak-anak confirm suka! Boleh buat menu minum petang mereka. Makan panas-panas lagi sedap.

Lepas ni kita buat kaya ball homemade je. Tak perlu beli di luar lagi. Musim pkp ni kena duduk rumah. Bahaya juga kerap kali keluar. Virus ni kita tak nampak! So, susah untuk kita elak. Keluar bila perlu je!

 

RESEPI KAYA BALL HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Nak dapat kaya ball yang lembut dan sedap kena follow sebijik-sebijik resepinya disini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • Secubit garam*
  • 1 sb gula halus*
  • 3/4 cawan fresh milk + 2 sb fresh milk* (jadi 3/4 cwn 2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred C*
  • 2 sb butter (dicairkan)*
  • 1 sk esen vanilla*
  • Kaya secukupnya

CARA PENYEDIAAN KAYA BALL HOMEMADE :

▶️ Satukan bahan bertanda * dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk.

▶️ Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau lagi sehingga tepung tidak berketul.

▶️ Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.

▶️ Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.

▶️ Picitkan separuh adunan ke dalam acuan. Kemudian, picitkan kaya.

▶️ Picitkan lagi adunan sehingga penuh dibahagian atasnya.

▶️ Tutup acuan menggunakan penutup periuk dan biar selama 3 minit.

▶️ Kemudian, alihkan kaya ball tadi dan biarkan lagi selama 3-5 minit sebelum diangkat.

▶️ Siap untu dihidang!

 

BACA JUGA: Homemade Satay Ayam Dan Daging Versi Air Fryer. Puas Hati Dengan Hasilnya. Anda Wajib Cuba!

 

Kalau beli kat luar kekadang dapat inti kaya yang sikit. Buat sendiri boleh letak banyak yang anda suka. Tak nak lah rasa tepung je lebih kan. Ada juga yang buat kaya ball ni dengan menggunakan coklat chip. Sedap juga rasanya!

Rupanya tak susah pun nak buat kaya ball ni. Nak buat bila-bila masa pun boleh sangat.  Hidangkan untuk anak-anak sambil ber PDPR musim pkp ni. Kalau beli diluar 10 biji je dah RM5. Buat sendiri lagi puas hati.

Yang suka sangat makan kaya ball lepas ni follow je resepinya disini. Nak buat waffle homemade pun boleh. Search je resepi kat blog ni. Minggu lepas baru share. Semoga resepi kaya ball homemade ini bermanfaat buat kita semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open