Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cinnamon Roll Ala Cafe. Kuih Tetap Lembut Walaupun Dah Panaskan!

0 136

Kat kampung aku panggil kuih ni sebagai kuih racun nyamuk. Kat bandar nama orang putih ye, Cinnamon roll. Jom kita follow resepi cinnamon roll ni kat sini. Confirm korang suka. Panaskan kuih ni balik pun still teksturnya rasa lembut.

Dulu kecik-kecik, aku selalu minta mama belikan kuih ni sebelum hantar aku ke sekolah. Buat makan masa rehat nanti. Kuih ni boleh makan dengan sambal atau susu. Tapi aku lagi prefer layan dengan sambal merah. Memang sedap weh!

Biasa jumpa kiuh ni kat cafe-cafe. Tapi lebih modern sebab kebanyakan cinnamon roll kat cafe dah letak topping. Manis pulak tu. Banyak jumpa kat cafe hipster dah hotel-hotel. Korang yang suka boleh la try follow resepi ni sampai habis.

Resepi cinnamon roll ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Rozie Abu Bakar melalui laman Facebooknya. Boleh buat kuih ni untuk dessert tetamu yang datang ke rumah. Sesuai juga dihidang untuk sambutan hari jadi.

Resepi cinnamon roll ni boleh difrozenkan ye. Tapi kene bake setengah masak dulu. Dah sejuk baru masuk peti beku. Make sure letak dalam bekas yang tertutup atau dalam plastik zip. Nak makan nanti, defrost dulu baru bakar.

 

RESEPI CINNAMON ROLL  

Sukatan resepi ni boleh dapat 12 pcs cinnamon roll. Korang boleh adjust kuantiti bahan ikut berapa pcs cinnamon roll yang korang nak. Jom tengok cara penyediaannya kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan utama : 
  • Tepong gandum 390 gm

 

Bahan cecair : 
  • Susu full cream kotak 180 gm
  • 1 sudu makan instand yis
  • Gula 2 1/2 sudu makan
  • 1 1/4 sudu garam himalaya
  • planta 57gm
  • Telor gred A sebiji arau anggaran berat 55 gram

 

Bahan topping : 
  • Gula perang 1 1/2 cawan (nak banyak tambah je)
  • Serbuk cinnamon 1 1/2 sudu teh (yang ni pun boleh tambah)
  • Planta secukupnya untuk sapu atas dough.

CARA PENYEDIAAN CINNAMON ROLL : 

▶️ Panaskan susu sepanas suam suam suku sahaja.

▶️ Kemudian, campurkan semua bahan cecair . Kacau kemudian transfer dalam mixing bowl.

▶️ Masukkan tepong dan mix la sampai doughnya licin. Dah licin rehatkan dough sekejap dalam 5 minit.

▶️ Dah cukup 5 minit baru la boleh canaikan ikut saiz yang senang nak mengulung.

▶️ Lepas tu boleh sapu planta merata keseluruh permukaan dough yang dicanai tadi. Sapu banyak sikit jika nak gula mencair ketika masak. Terus macam caramel.

▶️ Kemudian, taburkan gula perang yang dah dicampur dengan serbuk cinnamon tadi. Jangan lupa ratakan ye.

▶️ Dah rata baru la start mengulung dengan rapat supaya menjadi gulungannya dan tak terbukak ketika dimasak nanti.

▶️ Nak potong cinnamon ni guna benang potong dalam 2 inci. Elok molek dah saiz tu. Jangan potong dengan pisau ye. Nanti tak cantik membulat.

▶️ Suhu oven 140-150c masak selama 30-40 minit atau sampai sedikit keperangan. Nak masuk dalam acuan muffin saiz besar tu pun boleh. Sapu juga majerin sedikit kat loyang supaya senang nak keluarkan.

Cara penyediaan cream froshing : 

▶️ Cream cheese + gula aicing + butter + sedikit perahan lemon dalam sesudu macam tu.

▶️ Semua pakai agak-agak je ye. Bit sampai gebu dan boleh sapu terus. Suka manis letak la banyak.

▶️ Kalau ni makan 2-3 hari dan simpan dalam peti sejuk pun boleh. Letak dalam bekas bertutup. Cuma jangan sapu frostingnya dulu. Dah panaskan kan baru sapu.

 

BACA JUGA : Resepi Daging Melalak Bakar Atas Dapur Gas. Makan Dengan Sos Dia Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Haaa, sebelum tu korang kena take note ye cara nak panaskan cinnamon roll ni dalam oven & microwave. Kalau nak guna oven, spray sedikit air pada cinnamon dan bakar semula. Jangan lama sangat kang keras. sekadar memanaskan sahaja. 

Dalam microwawe pulak, korang kena guna tisu dapur. Basahkan dan perah. Kemudian, cover cinnamon tu. Panaskan dalam microwave. Cinnamon akan lembut dan panas ye. Mudah kan! Siap ajar korang tips nak panaskan dalam oven dan microwave lagi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozie Abu Bakar kerana sudi berkongsi resepi cinnamon roll ala cafe ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open