Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Biskut Red Velvet Musim Raya. Cookies Rangup Anak-Anak Mesti Suka!
Bila teringin nak makan biskut, dah muak makan biskut coklat dan seangkatan dengannya, boleh cuba buat biskut red velvet ni. Sedapnya tu memang tak sedar bila makan habis sebalang.
Nak buat biskut red velvet ni tak susah sebab bahan-bahan dia pun semua yang biasa kita guna je. Buat pun sekejap je terus menjadi. Yang mana baru belajar pun boleh cuba.
Resepi yang saya nak kongsikan ni adalah daripada Pemilik Facebook Da’O Nyam. Senang je tengok step by step yang beliau kongsikan. Seronok resepi ni sebab mudah nak faham. Lengkap dengan detail bahan-bahan.
Biskut red velvet macam ni, buat makan sebagai kudapan sambil tengok tv, sambil buat kerja atau nak buat sebagai biskut raya pun sesuai. Nak-nak kalau ada anak ramai tu, bila dah siap semua pakat angkut balang.
Selain biskut chip coklat, biskut red velvet ni pun ada yang buat sebagai hasil jualan. Kalau ada yang nak rasa dulu, bolehlah cuba dapatkan dulu. Kalau sedap dan rasa berbaloi untuk buat boleh follow resepi ni.
RESEPI BISKUT RED VELVET
Sebelum ni biasa makan biskut red velvet macam ni kalau musim raya je ramai jual. Tapi semakin hari semakin ada je yang menjual tanpa tunggu musim raya pun. Sama macam kuih atau biksut raya yang lain.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 300 gram tepung gandum
- 20 gram serbuk koko
- 50 gram tepung jagung
- 100 gram coklat chip
- 225 gram unsalted butter
- 25 gram shortening
- 200 gram gula pasir
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking soda
- 2 sudu kecil pewarna bright red
- 1 suud besar cuka
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur ayam gred A
CARA PENYEDIAAN BISKUT RED VELVET :
▶ Mula-mula, ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking soda. Ayak hingga halus dan masukkan secubit garam.
▶ Seterusnya, campurkan coklat chip ke dalam campuran tepung yang sudah diayak tadi.
▶ Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Atau pukul sampai kembang.
▶ Kemudian, masukkan telur, serbuk pewarna, esen vanilla dan juga cuka. Pukul lagi sampai sebati.
▶ Campurkan dengan bahan tepung dan gaul lagi sampai menjadi doh yang lembut.
▶ Ambil sikit-sikit doh, bulatkan comel-comel. Saiz ikut suka. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar.
▶ Susun atas loyang pembakar yang dilapik dengan baking paper.
▶ Tekan adunan dengan garfu supaya jadi leper sikit. Pastikan ada jarak sebab nanti biskut akan mengembang.
▶ Bakar dengan suhu 150’c selama 15 – 20 minit. Biskut akan mula rangup kalau biskut dah sejuk sikit.
▶ Simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah meengudap!
BACA JUGA: Cara Buat Sup Siam Kaw. Resepi Mudah Rasa Macam Kedai!
Waah! Simple je nak buat biskut red velvet ni rupanya. Memang tak perlu tunggu raya kalau nak buat. Paling best biskut ni jimat masa.
Sebelum ni saya dah pernah share nak buat cookies chip coklat kan. Tapi hari ni dah tahu cara buat cookies kedua. Mudahlah lepas ni kalau nak buat sebagai kudapan pelbagai perisa.
Perkongsian macam ni antara perkongsian yang saya suka. Dan seronok untuk saya rekemenkan kepada korang semua. Jangan lupa sharekan resepi biskut red velvet di facebook atau media sosial yang ada supaya dapat beri manfaat kepada orang lain.