Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Sardin Cornflakes Untuk Breakfast. Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!
Anak-anak suka makan cornflakes? Jom cuba resepi roti sardin cornflakes ni. Tekstur roti rangup di luar dan lembut di dalam. Anak-anak pasti suka. Tak cukup seketul dibuatnya.
Bosan jugak makan roti inti jem hari-hari kan. Sekali sekala ubah menu breakfast untuk anak-anak apa salahnya. Roti sardin cornflakes ni memang sedap ye. Nak buat pun mudah. Sesuai jugak untuk minum petang keluarga.
Sebelum ni nak masak roti sardin, mesti kena goreng dengan tepung. Kali ni try korang salut roti tu dengan cornflakes. Anak-anak berebut nak makan. Nak bawak bekal ke sekolah pun boleh.
Resepi roti sardin cornflakes ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nuralia Idayu. Olehan yang menarik. Anak-anak mesti tak tinggal breakfast lepas ni. Yang penting perut kenyang sebelum ke sekolah.
Roti yang nak dekat expired tu elok di masak goreng cornflakes macam ni. Takde la terbuang je nanti. Kalau tak buat macam ni, mesti lambat je habis roti tu kan. Makan dengan inti coklat, inti jem hari-hari pun bosan jugak.
RESEPI ROTI SARDIN CORNFLAKES
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dalam penyediaan roti sardin cornflakes ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti
- Bawang besar (dihiris nipis)
- 1-2 tangkai cili (dihiris nipis)
- Sardin tin
- 1-2 biji telur
- Cornflakes (dihancurkan sikit)
CARA PENYEDIAAN ROTI SARDIN CORNFLAKES :
▶️ Masukkan sardin, gaul rata. Tambah garam gula sebagai penambah rasa. Gaul rata, tutup api.
▶️ Lenyekkan roti, letak sardin tengah-tengah. Sapu telur di bahagian tepi roti dan tekankan bahagian tepi roti guna garfu untuk elak roti terbuka bila digoreng nanti.
▶️ Celup roti ke dalam telur, kemudian salut cornflakes pada roti.
▶️ Goreng sampai warna keperangan atau garing.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sup Tulang Dan Daging Yang Mudah Dibuat. Letak Cili Kicap Lagi Sedap!
Hujung minggu ni mesti semangat sikit nak buat breakfast kan. Tak terkejar-kejar nak pegi kerja. Lagi pun nak buat roti sardin cornflakes ni mudah je. Setiap hari nak buat pun boleh. Janji rajin.
Jadi mak-mak ni kena extra mikir sikit. Nak masak apa setiap hari pun kena mikir. Kalau dah buntuh idea sangat korang try la resepi-resepi yang ada kat blog ni. Ada banyak lagi pilihan menu yang menarik.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nuralia Idayu. kerana sudi berkongsi resepi roti sardin cornflakes ini di Facebook. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!