Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Boy Homemade Yang Gebu Dan Sedap. Rasa Lemak-Lemak Manis Filing Dalam Roti Ni!
Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti boy ni. Dari jauh lagi dah terhidu bau semerbak aroma kopi yang wangi tu. Tapi kali ni kita cuba buat sendiri roti boy homemade. Memang gebu dan sedap sangat. Guna sukatan cawan je senang.
Roti ni juga di kenali sebagai Mexican Bun atau nama lainnya iaitu Mocha Bun. Memang sedap dan ramai penggemarnya. Tekstur bunnya lembut dan bahagian toppingnya pula garing. Di tambah pula filing mentega di dalamnya. Confirm beli sampai 5 biji untuk sorang makan.
Kalau beli kat luar, kena terus makan panas-panas. Kalau makan time dah sejuk still sedap, tapi lagi sedap bila makan panas-panas. First kedai roti boy ni di buka, memang ramai yang beratur beli. Rupanya mudah je cara penyediaan roti ni. Sendiri pun boleh buat.
Tak kisah orang dewasa atau anak-anak, semua mesti suka makan roti ni. Sedap sangat! Ada campuran kopi dan butter lagi. Sesuai di jadikan sarapan pagi dan minum petang keluarga. Korang pun penggemar tegar roti boy ni ke? Kalau korang suka, jom follow resepinya di sini.
Resepi roti boy ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ida Zaida. Hasil perkongsian beliau semalam, resepi ni dah viral dan telah mendapat 1.5k share di Facebook. Nampaknya ramai ye penggemar roti boy ni. Confirm korang puas hati bila buat sendiri kat rumah.
RESEPI ROTI BOY HOMEMADE
Mesti ada yang dah tak sabar untuk tahu step by step cara penyediaan roti boy ni kan. So, jom kita lihat satu persatu bahan-bahannya. Buat sendiri lagi jimat dari beli kat luar. Anak-anak pun boleh makan puas-puas.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- Air sejuk 1/4 cawan
- 2 sudu yis
- 1 sudu gula
- 1 sudu susu pekat (Guna 2 sudu susu tepung anak pun boleh)
- 2 cawan tepung
- 1 biji telur kuning
- 1 sudu butter
Bahan B – Bahan nescafe topping :
- 1 sudu butter
- 4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
- 1 biji telur
- Air bancuhan nescafe (Guna 3in1)
- 2 sudu tepung gandum
- 1 sudu tepung jagung
CARA PENYEDIAAN ROTI BOY HOMEMADE :
▶️ Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk.
▶️ Uli sampai sebati. Uli dengan mixer sekejap je dah gebu. Nak uli dengan tangan pun boleh.
▶️ Bentukkan doh bulat-bulatkan dan masukkan sedikit potongan butter berserta sedikit gula. Bagi rasa lemak-lemak manis.
▶️ Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah di bakar.
▶️ Bakar suhu 170C selama 20 minit atau hingga masak ikut oven masing-masing.
Cara penyediaan bahagian topping :
▶️ Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe iaitu 2 sudu nescafe + 2 sudu air panas.
▶️ Kalau guna nescafe 3in1 dalam 1 paket, tanpa perlu di bancuh dengan air.
▶️ Masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Seri Muka Durian Yang Tak Manis Sangat Dan Lemak-Lemak Gitu. Memang Sedap, Rugi Kalau tak Cuba!
Wow! Memang marvelous sangat! Sekali digit dah rasa lemak-lemak manis butter kat dalamnya. Topping kat atas tu korang biarkan kejap supaya dia garing. Beli kat luar memang tak puas nak makan banyak. Hargapun boleh tahan mahal. Buat sendiri lagi puas hati.
Ada macam-macam lagi resepi yang Cik Puan Ida Zaida kongsikan di Wall Facebook milik beliau. Semuanya nampak menarik. Next time kita boleh try resepi bihun cakar madu untuk anak-anak. Mesti dia orang suka. Resepi tu pun viral 2.4k share tau.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi roti boy homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share kat kawa-kawan yang suka makan roti ni. Selamat mencuba!