Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Yang Paling Sedap. Cantik Dan Licin Je Permukaannya!

0 2,261

Korang yang plan nak celebrate birthday untuk anak-anak atau kesayangan kat rumah, boleh try buat premium royal Thai buttercake ni. Mesti kesayangan korang happy dapat surprise kek khas dari air tangan sendiri. Kek ni rasa premium dan mahal tau. Jom try!

Actually nak buat kek ni kena ada mood dan korang memang suka sangat baking. Untuk resepi kek ni, kek akan di masak dengan kaedah bakar. Tekstur kek memang cantik dan licin di bahagian permukaan. Korang nak buat tulisan atau deko kat bahagian atasnya pun dah mudah sangat.

Selain di jadikan kek hari jadi. Kek ni juga sesuai di hidang bila ada tetamu yang plan nak datang kat rumah. Anggaran kek akan siap bakar dalam 1 jam 15 minit. Tapi termasuk nak sediakan bahan dan sediakan adunan, mungkin kek ni mengambil masa lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam untuk masak.

Siapa je yang tak suka makan kek butter kan. Kek butter ni boleh di pelbagaikan cara penyediaannya. Terpulang dengan cara masing-masing. Buttercake ni juga sesuai di jadikan hidangan bila Hari Raya. Lagi-lagi bila korang tengah buat open house. Mesti ramai yang suka.

Untuk lebih detail, apa kata korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ummu Yusuf ni. Simple dan mudah di faham. Resepi pun lengkap satu persatu beliau dah explain. Bolehlah korang cuba cambial asah skill buat kek di rumah. Lepas ni, tak perlu beli lagi. Buat sendiri je kat rumah, lagi puas hati.

 

RESEPI PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni. Sementara nak siapkan bahan-bahan kek, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 selama 10 minit. Guna loyang saiz 7 ye, Kalau nak kek lebih cantik.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 tsp baking powder

** Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder.

 

Bahan B :
  • 80 gram susu full cream / fresh milk
  • 1 tsp esen creamy vanilla

** Campurkan susu fresh milk bersama esen creamy vanilla.

 

Bahan C :
  • Telur gred B, 4 biji

** Pukul macam nak buat telur dadar. Kemudian, timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja.

 

Bahan D:
  • 150 gram pure butter
  • 70 gram gula halus
  • 70 gram gula icing
  • 12 gram ovalette (Guna ovalette special)

 

Bahan E :
  • 1/2 tsp pewarna lemon yellow

CARA PENYEDIAAN PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE :

▶️ Mix bahan D menggunakan speed paling tinggi.

▶️ Bila bahan D dah kembang & berwarna putih, masukkan bahan C sikit demi sedikit sampai habis. Mix menggunakan speed paling tinggi.

▶️ Kemudian, tukar guna speed rendah, masukkan bahan A, berselang seli dengan bahan B (tepung-susu-tepung) Mulakan dengan tepung, habiskan dengan tepung. Mix sekejap dengan speed sederhana.

▶️ Masukkan bahan E (optional), mix sekejap sehingga sebati.

▶️ Tuang adunan ke dalam loyang 7 inci.

▶️ Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek.

▶️ Seterusnya, sediakan tray atau loyang. Kemudian, lapik tisu, basahkan dengan air. Kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.

▶️ Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160c selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing. Letak pada rak bawah sekali.

▶️ Bila nampak kek dah renggang sikit dari loyang, tandanya kek dah masak, tak perlu cucuk kek dengan lidi sebab kita nak permukaan yang licin & cantik. Nanti kalau cucuk berlubang pula kek kita.

▶️ Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang & pindahkan ke atas papan kek. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Simple Ikan Masak Asam Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Nak Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Wow! Serious lengkap dan mudah difahami resepi ni. Korang yang tak pernah baking pun mesti boleh buat kat rumah. Sekali sekala buat kek untuk anak-anak ngunyah kat rumah kan syok. Beli kat luar, rasa tak berbaloi juga kalau nak makan banyak kan. Baik buat sendiri kat rumah.

Dah siap nanti korang boleh potong kek ikut saiz yang korang nak dan hidang! Kek ni korang makan panas-panas pun sedap tau! Mesti bertambah-tambah dibuatnya. Selagi tak habis satu loyang tu selagi tu rasa nak ngunyah je. Jangan lupa hidang dengan teh atau kopi panas petang-petang nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ummu Yusuf kerana sudi berkongsi resepi premium royal Thai buttercake ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open