Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pancake Simple Dan Gebu Ala McDonald’s. Tak Sampai 10 Minit Dah Boleh Siap!

0 40,967

Time cuti sekolah macam ni, anak-anak kat rumah rasa nak makan je kan. Jadi, mak-mak kena beraksi macam chef setiap hari. Apa kata mak-mak cuba resepi pancake yang simple dan gebu ala McD ni. Pancake tak sampai 10 minit dah siap!

Apa saja jenis pancake pasti disukai anak-anak. Boleh dijadikan kudapan bila-bila masa terasa lapar. Dan boleh juga dijadikan menu sarapan pagi. Pancake boleh juga dipelbagaikan toppingnya ikut kesukaan masing-masing.

Untuk dihidangkan buat anak-anak, sudah tentu coklat cair menjadi pilihan mereka. Pancake juga sangat mengenyangkan. Bahan utama yang digunakan ialah tepung gandum dan telur. Dilemakkan pula dengan campuran susu segar.

Kali ini tak perlu beli pancake kat McD lagi, anda boleh ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Yusma Mustafa ini. Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook.

Pancake atau orang melayu panggil sebagai lempeng boleh dimasak dengan pelbagai cara. Tapi, kalau nak dapatkan pancake ala McD, anda kena guna kuali non-stick. Sebab kalau guna kuali nanti akan jadi lempeng biasa.

 

RESEPI PANCAKE SIMPLE DAN GEBU ALA McD

Nak tahu macam mana nak buat pancake ala McD? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaannya. 10 minit boleh siap, tapi seminit je habis tau. Memang sedap dan yang pastinya anak-anak anda akan sukakannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar (susu tepung pun boleh)
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1 sudu makan baking powder

CARA PENYEDIAAN PANCAKE SIMPLE DAN GEBU ALA McD :

▶️ Pukul telur sampai kembang. Sampai berbuih buih. Nak pukul guna garfu pun boleh.

▶️ Masukkan minyak, baking powder, gula, susu dan tepung gandum. Kacau manja sehingga semua bahan sebati. Gunakan senduk sahaja.

▶️ Wajib guna kuali non stick. Kalau guna kuali biasa akan jadi lempeng. Masukkan adunan sesenduk kedalam kuali non stick.

▶️ Dah keluar gelembung macam ni, means dah boleh terbalikkan.

▶️ Ha! begini rupa side yang dah masak. Ulang proses yang sama sehingga semua adunan habis.

▶️ Kemudian, Angkat dan toppingkan dengan coklat cair atau apa saja yang anda suka. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Paling Mudah “Kambing Perap Guna Sos Kimball Blackpaper”. Daging Kambing Akan Jadi Lembut Dan Sedap!

 

Siap untuk dihidang. Nak hidang buat minum petang pun seronok juga. Bila ikut sukatan yang diberikan, mungkin anda juga boleh dapat lebih kurang 8 keping pancake yang bersaiz comel je. Tak besar dan tak kecil.

Untuk bahagian toppingnya pula, selain coklat cair, anda juga boleh makan dengan madu tambah butter. Kalau nak makan ramai, tambahkan 2 kali ganda sukatan yang diberikan.

Lepas ni anda semua boleh cuba resepi pancake simple dan gebu ala McD ini. Sekali makan, tak cukup sekeping. Yang penting cukup mengenyangkan. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open