Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Oreo Cheese Cake Kukus Yang Lembut Dan Creamy. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

0 2,317

Resepi oreo cheese cake kukus yang lembut dan creamy ini pernah viral. Ianya juga merupakan kek dan pencuci mulut yang menjadi kesukaan ramai. Lebih-lebih lagi pada penggemar cheese dan juga oreo.

Ada sesetengah resepi oreo cheese cake yang tidak perlu dibakar atau kukus. Yang mana ianya cuma perlu disimpan didalam peti dan boleh terus dimakan bila sudah sejuk.

Tetapi untuk resepi kali ini, anda perlu mengukus kek terlebih dahulu sebelum menyimpannya didalam peti. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak memerlukan bahan yang banyak.

Resepi oreo cheese cake ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zaihanififie Abu Bakar buat semua pengguna media sosial. Resepi ini juga sudah tentu boleh digunakan untuk pelbagaikan kek yang diniagakan.

Rasa dan teksturnya bila dimakan sejuk-sejuk seakan ice cream. Anak-anak dan juga penggemar cheese pasti sukakannya. Resepi ini juga boleh dijadikan kek hari jadi homemade. Lebih murah dan puas hati.

 

RESEPI OREO CHEESE CAKE

Kepada penggemar cheese dan oreo, anda kena cuba resepi ni confirm puas hati! Jadi apa tunggu lagi, jom kita follow cara-cara dan langkah penyediaan resepi ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan asas :
  • 50g buttercup (cairkan)
  • 2 pack oreo (panjang) – asingkan cream dan kisar halus.

 

Bahan untuk cheese kek :
  • 2 bji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 tiub besar cream cheese tatura
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Cream oreo yg diasingkan tadi
  • Air perahan 1/2 biji lemon

CARA PENYEDIAAN OREO CHEESE CAKE :

▶️ Gaul sebati oreo dan buttercup cair dan isi dalam loyang.

▶️ Tekan padat dan simpan dalam peti sekejap. (Oreo kisar tadi tu simpan sedikit untuk tabur atas kek selepas kukus nanti)

▶️ Blend semua bahan untuk cheese dan tuang atas base oreo tadi.

▶️ Kemudian, kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

▶️ Biar sejuk, tabur oreo kisar td dan hias sesuka hati.

 

BACA JUGA: Resepi Masak Ikan Kembung Percik Yang Marvelous. Hidangan Bebuka Puasa Buat Keluarga Tersayang!

 

Wah! Sangat-sangat mudah. Mesti ada yang tak sabar mencuba resepi ini. Kalau ada antara ibu-ibu yang nak buat kek untuk hari jadi anak-anak, anda juga boleh gunakan resepi ini.

Dah siap nanti, bolehlah deco menggunakan buah-buahan segar seperti strawberry, apple, kiwi dan macam-macam lagi. Mesti ada yang tertanya-tanya apa fungsi perahan lemon tadi kan.

Salah satu tujuan perahan lemon adalah untuk mengelakkan rasa muak pada kek. Harap-harap resepi oreo cheese cake ini dapat memikat hati penggemar cheese dan oreo. Semoga resepi ini juga memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open