Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Muffin Egg Super Sedap. Makan Seketul Memang Tak Cukup!

0 134

Siapa suka makan muffin? Haaa, hari ni kita nak cuba satu resepi muffin egg yang super sedap. Sangat mudah cara penyediaannya. Makan seketul confirm tak cukup-cukup.

Muffin ni dibuat menggunakan daging cincang, telur dan cheese. Makan panas-panas muffin ni dengan sos cili dan mayonis lagi sedap. Anak-anak pun semestinya suka. Berebut makan nanti.

Muffin egg berinti daging ni jarang jumpa kat bakery. Korang kena buat sendiri kalau nak makan. Nak gantikan dengan perisa ayam pun boleh. Kot korang tak makan daging, ganti je daging tu dengan isi ayam yang di cincang. 

Resepi muffin egg yang super sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Suzi Yanti Md Hane. Sesuai dijadikan breakfast atau minum petang sekeluarga. Resepi muffin ni dapat banyak share kat Facebook. 

Follow step by step resepi muffin egg ni confirm menjadi. Kena tumis dulu inti daging dengan pelbagai jenis sayur seperti cendawan dan lada benggala. Kemudian, di masukkan ke dalam acuan untuk di curah telur dan di bakar. 

 

RESEPI MUFFIN EGG SUPER SEDAP

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan muffin egg yang super sedap ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
Bahan A :
  • Daging cincang*
  • Sebiji bawang holland*
  • Cili benggala*
  • Cendawan*
  • Minyak
  • Mozarella

*Cincang semua bahan-bahan bertanda * diatas.

Bahan B :  
  • 5 biji telur
  • Baking powder sesudu teh
  • Mixed herb
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar minyak
*Blender semua sampai gebu dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN MUFFIN EGG SUPER SEDAP : 

▶️ Ambik sedikit bahan-bahan cincang dan tumis semua bahan-bahan diatas kecuali mozarella cheese.

▶️ Yang sebahagian lagi nanti nak tabur atas muffin. Sebelum dicurah dengan campuran telur.

▶️ Tumis sehingga separuh masak dan perisakan dengan garam sikit. Ketepikan.

▶️ Gliskan dulang pembakar dengan majerin. Masukan inti daging yang telah ditumis tadi.

▶️ Taburkan lebihan bawang holland dan cili benggala atas muffin.

▶️ Tabur mozarella cheese ikut banyak mana yang korang nak.

▶️ Curah telur dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

▶️ Tunggu sejuk baru keluarkan.

 

Mesti tak sabar nak tunggu siap! Terus rasa nak ngap masuk mulut. Pehhh, makan muffin ni panas-panas memang sedap ye. Rugi sangat korang tak cuba resepi ni kat rumah. Muffin egg ni jarang ada kat bakery.

Kalau tak faham nak buat muffin egg ni boleh klik link nama di perenggan ke empat dan akan terus masuk ke Facebook Cik Puan Suzi Yanti Md Hane. Tengok gambar mesti korang lebih faham.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Suzi Yanti Md Hane kerana sudi berkongsi resepi muffin egg super sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open