Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh. Gebu Dan Sedap Weh, Patutlah Viral!

0 236

Penggemar kek red velvet kena cuba resepi ni. Buat cup cake je senang nak makan nanti. Anak-anak pun mesti suka. Paling best kek ni siap ada topping cheese lagi. Jom cuba resepi mini cup red velvet cheese leleh ni. Confirm puas hati.

Red velvet memang tak dapat dipisahkan dengan cheese. Combination dua rasa ni memang perfect. Memang tak muak makan. Korang nak sejukkan dulu sebelum makan pun boleh. Marvellous!

Order kat luar kek ni memang mahal jugak ye. Baik buat sendiri kat rumah. Nak makan banyak mana pun puas. Sesuai dijadikan dessert time majlis-majlis. Contoh birthday party dan majlis sambutan.

Resepi mini cup red velvet cheese ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nuralia Idayu. Ramai tau yang share resepi ni. Seketul makan tak cukup. Confirm bertambah-tambah lagi. 

Yang tak pandai baking pun boleh try buat mini cup red velvet cheese leleh ni. Sebab resepinya lengkap dan mudah nak faham. Follow sebijik-sebijik je confirm menjadi. Jangan derhaka resepi ye

 

RESEPI MINI CUP RED VELVET CHEESE LELEH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan mini cup red velvet cheese leleh ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
  • Pewarna merah & red velvet emulco
  • Bekas lompang

 

Bahan untuk cheese:
  • Cheese Tatura (250gram)
  • 1-2 sudu besar krimwell (boleh cari dekat kedai kek)
  • Gula icing secukup rasa
  • Susu cair

CARA PENYEDIAAN MINI CUP RED VELVET CHEESE LELEH : 

▶️ Pecahkan telur, masukkan gula + ovalette. Mix sebati.

▶️ Masukkan susu & minyak. Mix sebati lagi.

▶️ Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rata.

▶️ Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.

▶️ Titiskan pewarna & red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.

▶️ Masukkan air 1/2 cawan dulu; kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.

▶️ Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan nanti masak

▶️ Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas sajaa

▶️ Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit.

▶️ Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.

Cara penyediaan cheese : 

▶️ Putar cheese sampai agak-agak kembang & lembut.

▶️ Masukkan krimwell & icing. Mix sampai sebati & takde ketulan. Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit je.

▶️ Masukkan susu cair sikit-sikit. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri.

▶️ Final step, letakkan cheese atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untk hias nak bagi nampak cantik.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Masak Asam Yang Mudah Dan Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Comel kan mini cup velvet ni. Kek lembut dan gebu. Sesuai sangat hidang time ada sambutan birthday anak-anak. Letak cheese diatasya lagi sedap. Yang tak suka cheese boleh adjust topping cake ni nanti.

Buat dalam acuan, Kemudian keluarkan. Senang nak makan nanti. Tak perlu masak dalam paper cup lagi jimat. Seketul tak cukup dibuatnya. Memang sedap mini cup red velvet ni. 

Ribuan terima kasih di ucapan kepada Cik Puan Nuralia Idayu kerana sudi berkongsi resepi mini cup red velvet cheese leleh ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open