Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mexico Bun Atau Papa Roti Homemade. Makan Panas-Panas Lagi Sedap!
Rupanya senang je nak buat papa roti ni. Kat rumah pun boleh buat tau. Tak payah beli kat luar lagi. Lebih jimat. Jom follow resepi Mexico bun atau papa roti ni kat sini. Roti lembut dan gebu.
Papa roti ni memang ramai penggemarnya. Rasa coffee dan lembut rangup teksturnya. Dari korang beli kat luar, elok buat sendiri kat rumah. Nak buat banyak pun boleh. Puas nak makan nanti.
Bahan nak buat papa roti ni kena bahagi kepada 3 bahagian. Bahan untuk doh, untuk filling & untuk topping. Filling papa roti ni boleh di buat kosong, boleh jugak di isi inti butter. Memang sedap ye.
Resepi Mexico bun atau papa roti ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurul Basirah. Simple dan mudah di buat. Lepas ni confirm korang tak beli kat luar lagi. Duit poket pun jimat dari beli banyak kat luar sana.
Kat tempat aku, kedai yang jual papa roti ni dah lama tutup. Kalau nak makan terpaksa la pergi kedai yang jauh sikit. Tak berbaloi. Elok buat kat rumah. Boleh makan panas-panas. Memang tak cukup seketul dibuatnya.
RESEPI MEXICO BUN ATAU PAPA ROTI
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan papa roti ni. Step penyediaanya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk doh :
- 500 gm tepung gandum atau roti
- 70gm gula kastor
- 1 tbsp yeast
- 1 tsp garam
- 50gm margerin
- 10gm pelembut roti (optional)
- 280 gm air sejuk
Bahan untuk filling Mexico bun :
- 150gm gula perang
- 130gm butter
- 50gm tepung gandum
Bahan untuk topping Mexico bun :
- 200gm butter
- 200gm gula perang
- 180gm tepung gandum
- 20gm tepung kastard
- 2 biji telur gred A
- 2 tbsp coffe emulco atau nescafe
CARA PENYEDIAAN MEXICO BUN ATAU PAPA ROTI :
▶️ Mula-mula buat doh. Gabungkan kesemua bahan dan mix hingga elastik dan licin.
▶️ Sementara tu sediakan filling, mix kesemua bahan sampai boleh di kepal-kepal dan timbang 20 ke 25 gm untuk sebiji doh.
▶️ Bentukkan doh dan masukkan filling.
▶️ Seterusnya, sediakan topping pulak. Mix butter dan gula sampai pucat.
▶️ Masukkan telur mix sekejap.
▶️ Masukkan tepung dan perasa coffe @ nescafe mix sampai sebati dalam 5 minit.
▶️ Siap untuk topping dan masukkan dalam piping bag.
▶️ Pipe kan topping atas roti dan bakar pada suhu 160-170°c selama 25 minit.
BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Cili Api Sembilang Salai. Masak Sendiri Lagi Puas Hati!
Dah siap pun! Sebelum ni aku pernah je share resepi papa roti yang di buat menggunakan roti gardenia. Lagi mudah nak buat. Tak perlu nak uli tepung bagai. Tinggal buat filling dan topping je.
Hujung minggu ni mesti syok baking papa roti ni kan. Boleh la buat minum petang kita sekeluarga. Anak-anak mesti suka. Hidang panas-panas dengan kopi lagi sedap. Yang penting, perut pun kenyang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Basirah kerana sudi berkongsi resepi Mexico bun atau papa roti yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!