Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mango Cheese Cake Budget Yang Paling Sedap. Ala-Ala Japanese Cotton Cheese Cake Hasilnya!

0 105

Sudah pasti kek keju ramai penggemarnya. Apa kata kita ikuti satu perkongsian resepi ala-ala japanese catton cheese cake disini. Nama yang diberi untuk kek ini adalah mango cheese cake budget. Ada kisah disebalik resepi ini ye, jom kita lihat!

Actually, kek ini terhasil apabila resepi asal Japanese cotton cheese cake menjadi bantat dan kecut selepas disejukkan. Sama seperti cheese cake yang mahal dijual dibakery. Maka terhasillah idea mencurahkan mango filling diatasnya.

Mula-mula kek dimasak, teksturnya sangatlah fluffy seperti kapas. Padanlah dengan namanya yang dipanggil cotton cheese cake . Tapi memandangkan tak jadi, namanya pun terus diubah menjadi mango cheese cake budget.

Walaupun tak menjadi kek keju jepun yang disskai ramai, tapi hasil mango cheese cake budget ini juga sangatlah sedap. Nak buat pun tak susah. Untuk mereka yang baru pertama kali belajar baking pun, confirm boleh buat.

Untuk memudahkan anda mencubanya dirumah, apa kata kita ikuti cara penyediaanya yang dikongsikan oleh Cik Puan Amber Amber ini. Pasti anda puas hati dengan hasilnya! Nak buat kek birthday pun boleh tau.

 

RESEPI MANGO CHEESE CAKE BUDGET

Sebelum mula membaking, adalah wajib bagi kita untuk memastikan bahan-bahan yang diperlukan sudah lengkap tersedia. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A :
  • 250g cheese cream tatura
  • 50g butter/ planta

 

Bahan B :
  • 6 biji kuning telur
  • 80g tepung ros + 1 1/2 sudu teh b.powder(diayak)
  • 80g susu fresh milk/ UHT
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh Cheese Flavour (Optional)
  • 1 sudu besar jus lemon (Optional)

 

Bahan C : Meringue
  • 6 biji putih telur
  • 140g gula castor
  • 1 sudu teh Cream of Tar Tar

CARA PENYEDIAAN MANGO CHEESE CAKE BUDGET :

▶️ Cairkan bahan A atas api guna kaedah bain marie. Ketepikan dan biarkan suam barulah dicampur dengan bahan-bahan yang lain.

▶️ Cara penyediaan bahan B pula, pukul telur satu persatu menggunakan whisk. Campurkan susu segar dengan bahan-bahan yang lain.

▶️ Campurkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan whisk lagi sampai sebati.

▶️ Bahan A dan bahan B juga dicampurkan dan disebatikan menggunakan whisk.

▶️ Dalam bowl lain, sediakan bahan C. Pukul putih telur sekejap, kemudian masukkan gula dan cream of tar tar. Pukul hingga bertanduk ‘soft peak’.

▶️ Masukkan putih telur yang dah kembang tadi dalam campuran bahan A dan B dengan kaedah kaup balik.

▶️ Masukkan adunan ke dalam loyang yang bersaiz 8.5 x 8.5.

▶️ Kemudian, bakar dalam oven yang sudah dipanaskan 10 minit lebih awal pada suhu 180C selama 60-70 minit atau sehingga masak. Guna kaedah bain marie.

▶️ Dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang.

▶️ Toppingkan kek dengan mango filling atau boleh juga dihiriskan dengan buah mangga segar. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Ala-Ala Pucuk Ubi Kat Bandung Hasilnya!

 

Bolehlah disejukkan dalam peti ataupun dipotong terus dan dihidang. Mudahkan! Hasilnya seakan kek cheese yang mahal. Nampak padat dengan cheese. Terhasillah resepi mango cheese cake budget yang super-super delicious.

Bahagian toppingnya pula boleh ditambah dengan buah-buahan yang segar mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga digantikkan dengan filling lain selain daripada mango filling.

Untuk dapatkan pelbagai resepi kek, apa kata anda search je resepinya disini. Macam-macam perisa dan rasa tersedia. Semoga resepi mango cheese cake budget ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open