Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Tornado Viral Paling Sedap. Best Giler Makan Sejuk-Sejuak Kek Ni!
Pernah tak korang try resepi kek tornado? Nampak kek ni memang meleleh air liur dibuatnya. Tengok la bertapa creamy nya kek ni. Makan sejuk-sejuk masuk tekak memang sedap. Resepi kek tornado viral ni sangat mudah di buat ye. Korang kena cuba!
Dulu kat tempat kerja lama ada sorang member aku suka baking. Macam-macam jenis kek dia bawak ke tempat kerja. Masa kek tornado ni viral. Terus dia bawak 1 bekas untuk kami cuba kat office. Kot la nak tempah saja-saja katanya. Boleh la order kat dia.
Setiap kali balik ke Melaka, mesti aku request dia buat brownies. Kita orang dah tak kerja sekali dah sekarang ni. Tapi kalau ada peluang jumpa. Confirm order brownies atau apa-apa kek je dari dia. Support member jugak la. Tapi semua kek yang dia buat, sedap tau. Lagi sedap dari beli kat luar.
Resepi kek tornado viral ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Fatimah Saari melalui laman Facebooknya. Nampak sangat menarik dan creamy. Korang yang suka kek gabungan cheese dan coklat try la resepi ni kat rumah nanti. Letak kat bekas-bekas kecik je, senang nak makan nanti.
Pelik kan nama kek ni. Tak tau pulak kenapa nama dia tornado. Beli kat luar kek ni mesti manis kaw-kaw. Buat sendiri korang boleh adjust tahap manis kek ni. Kadang-kadang terlebih manis pun tak sedap jugak kan. Muak dibuatnya!

RESEPI KEK TORNADO VIRAL
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek tornado viral ni. Boleh la buat hujung minggu ni nanti. Follow step by step buat kek ni seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 sk esen vanilla
- 1 cawan minyak
- 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat (Guna 1 cwn tepung je untuk kek lagi moist. Kalau takde boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder dan ayak)
- 1/2 cawan serbuk koko@boleh ganti dengan milo kalau takde serbuk koko/coklat
- 1/4 cawan air panas
Bahan-bahan untuk cream cheese :
- 250 gram cream cheese
- 60ml whipping cream (Nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
- 3-4sb susu pekat (Nak manis@kurang manis boleh lebih@kurangkan)
Bahan untuk coklat ganache :
- 100ml whipping cream
- 250gram milk compound
- 2sb mentega/majerin
CARA PENYEDIAAN KEK TORNADO VIRAL :
Cara penyediaan kek :
▶️ Pukul telur + gula + esen vanilla. Pukul rata.
▶️ Masukan minyak masak dan kacau biar sebati.
▶️ Masukkn tepung + baking powder + soda bicarbonat
▶️ Masukkan serbuk koko/coklat/milo.
▶️ Last sekali masukkan air panas kacau rata.
▶️ Bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda.
▶️ Kalau nak kukus boleh kukus 40-45 minit.
Cara penyediaan cream cheese :
▶️ Mixer cream cheese sampai lembut.
▶️ Tambahkan susu pekat. Rasa tahap kemanisan yang korang suka.
▶️ Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.
Cara penyediaan coklat ganache dan full kek tornado :
▶️ Double boiler sampai sebati dan last sekali masukkan mrjerin.
▶️ Kek keluarkan dan potong 2. Letak lapisan kek 1 + cream cheese. Kemudian, letak lapisan kek kedua letak cream cheese lagi lepas tu baru letak ganache. Siap!
BACA JUGA : Cara Masak Singgang Ikan Selar Paling Simple. Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Dah siap pun! Ha, ni dia tips untuk kek jadi gebu. Tak perlu pun guna mixer. Hanya perlu kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu. Dan rekomen korang guna tepung naik sendiri campur dengan bikarbonat untuk hasilkan kek yang lebih moist dan gebu.
Macam kek ais krim. Lepas je siap elok korang letak kek ni dalam peti semalaman. Baru la nikmat nak makan esoknya. Cuaca sekarang panas teruk, dapat kek manis sejuk macam ni memang lega rasa tekak. Jangan lupa banyak minum air ye.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fatimah Saari kerana sudi berkongsi resepi kek tornado viral ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!