Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Tapak Kuda Yang Viral. Memang Menjadi. Gebu Dan Confirm Sedap!

0 321

First time aku nak try buat kek tapak kuda. Harap-harap menjadi la. Nak beli kat luar pun boleh je, tapi nak asah skill. Kali ni nak try buat sendiri kat rumah. Dah jumpa resepi dia pun. Ni haa, resepi kek tapak kuda untuk korang. Kot ada yang plan nak buat sendiri. 

Viral tau kek ni! Orang sanggup beli walaupun time tu harga dia mahal. Ada jugak yang sanggup beli kat Shopee. Sebab kat tempat tertentu je rasanya ada jual kek tapak kuda ni. Sebab kat tempat aku memang takde. Susah nak jumpa orang jual kek ni. 

Selalu harap kek tapak kuda ni ada terjual kat perniaga kecil yang jual-jual kek depan bank tu. Tapi tak pernah terjumpa. Sampai la satu tahap, aku nak sangat makan kek ni. Aku pun plan la buat sendiri kat rumah dengan adik aku. Aku tak biasa baking. Harap-harap menjadi! 

Resepi kek tapak kuda ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tuan Adriana Arissa. Tengok hasil kat gambar pun aku dah terliur nak makan. Boleh letak apa saja jenis inti. Tapi filling paling famous semestinya Nutella. Sedap tau!

Makan sampai menjilat jari dibuatnya. Adik aku pernah cuba buat kek ni sekali. Tak guna banyak bahan pun. Rasanya bahan kek ni mesti agak sama dengan kek marble kan. Bezanya, kek ni kena gulung dan diintikan. Guna tepung naik sendiri je. Lagi senang! 

RESEPI KEK TAPAK KUDA

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek tapak kuda ni. Buat sendiri je, lagi puas hati. Step penyediaan kek ni seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 Biji telur gred A / 5 biji B
  • 1/2 cawan Gula castor
  • 1/2 cawan Tepung naik sendiri
  • 1 sdb Ovellete
  • 3 sdk Susu tepung
  • 1 sdk Esen vanilla
  • 125 gram marjerin/butter (dicairkan)

CARA PENYEDIAAN KEK TAPAK KUDA : 

▶️ Pukul sampai gebu & kembang semua bahan kecuali butter cair.

▶️ Dah gebu dan fluffy masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati.

▶️ Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.

▶️ Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.

▶️ Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

▶️ Dah siap bakar sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula.

▶️ Wrap dengan menggunakan plastik cyling wrap kemas-kemas.

▶️ Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.

▶️ Siap dan boleh dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Jeruk Kelubi Budu Spicy Yang Paling Sedap. Confirm Kecur Liur Dibuatnya!

 

Benda dah lama viral! Tapi aku baru nak buat sendiri kat rumah. Nak letak Nutella lebih sampai leleh pun boleh ye. Sebab kita yang sendiri nak makan. Kek tapak kuda ni memang sedap. Warna kek pun korang boleh pelbagaikan. Terpulang ikut citarasa masing-masing. 

Confirm lembut dan gebu. Janji korang follow sebijik-sebijik resepi ni. Tahu tak kenapa kek ni di panggil tapak kuda? Try korang tengok bentuk dia lepas dah potong. Ala-Ala tapak kuda gitu. Sebelum ni makan je, tak tahu maksud nama pun. Lepas buat sendiri, barulah aku faham. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tuan Adriana Arissa kerana sudi berkongsi resepi kek tapak kuda yang paling sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open