Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Sarang Semut Versi Tak Perlu Perap Atau Peram Adunan. Bersarang Elok Jadinya!

0 1,148

Baru-baru ni ada jemputan open house kat rumah kawan. Dia buat kek sarang semut. Memang sedap sangat! Lembut dan bersarang elok je. Terus rasa nak cuba kat rumah! Rasa tak puas pula makan kat rumahnya hari tu. Ada tak penggemar kek sarang semut kat sini? Jom follow resepinya di sini.

Balik rumah saya terus search cara nak buat kek sarang semut ni. Mudah je sebenarnya! Yang lagi syok, resepi yang saya jumpa ni tak perlu nak perap atau peram adunan. Kek tetap elok jadinya. Bukan takat lembut dan bersarang elok. Kek ni berongga, kenyal dan berenjut.

Nak bagi kek jadi elok, korang kena follow tips-tipsnya. Antaranya ialah guna soda bikarbonat yang masih aktif/OK sebab soda bikarbonatlah yang akan membuatkan kek korang cantik berongga. Semasa membancuh tepung, soda bikarbonat yang aktif/OK akan membentuk banyak buih-buih yang kecil di dalam adunan.

Seterusnya, gula hangus yang masih panas akan mengaktifkan soda bikarbonat untuk bekerja. Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap/diperam lagi. Baking powder pula ditambah bagi melembutkan tekstur kek. So korang akan dapat kek yang lembut dan kenyal.

Menarikkan resepi yang dikongsikan oleh Encik Khairul Hasrol ni. Korang wajib cuba! Nak habis raya ni, open house masih rancak lagi. Korang boleh hidangkan tetamu dengan kek sarang semut ni. Confirm laju je habis! Semestinya sedap!

 

RESEPI KEK SARANG SEMUT

Tips tambahan lagi, korang kena pakai loyang yang kecil & tinggi untuk sukatan adunan di bawah. Kalau guna loyang besar dan lebar, boleh gandakan sukatan. Pre-heat oven selama 15-20 minit sebelum membakar kek dan potong kek secara melintang supaya dapat potongan kek yang berongga.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk kek :
  • 4 biji telur (gred b)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanila
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder

*Satukan semua bahan-bahan diatas & ayak bersama.

 

Bahan-bahan untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan butter/marjerin (Butter Brand Anchor)

CARA PENYEDIAAN KEK SARANG SEMUT :

▶️ Buat adunan kek terlebih dahulu. Kemudian, baru sediakan gula hangus ye.

▶️ Dalam bekas, pecahkan 4 biji telur.

▶️ Masukkan susu pekat manis. Kacau-kacau manja sahaja. Tak perlu pakai mixer, boleh pakai spatula/whisk tangan je.

▶️ Masukkan esen vanilla.

▶️ Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau-kacau manja lagi sehingga semuanya sebati.

▶️ Masa ni, korang dah boleh nampak adunan membentuk banyak buih-buih kecil, itu tandanya soda bikarbonat tengah bekerja dan akan dapat kek yang berongga nanti. Ketepikan adunan.

▶️ Dalam periuk yang lain, masukkan gula pasir. Masak sehingga keperangan, jangan sampai hangit ye.

▶️  Masukkan air panas.

▶️ Masukkan pula butter/marjerin. Tunggu sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya.

▶️ Tuang gula hangus yang masih panas terus ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.

▶️ Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan.

▶️ Bakar pada suhu 180C api atas bawah selama 50 minit atau sehingga kek masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Buat Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah. Makan Macam Tu Je Pun Sedap!

 

Ingat tau! Nak potong kek ni kena secara melintang supaya dapat potongan kek yang berongga cantik. Korang nak dapatkan kek sarang semut yang cantik kena ikut tips-tips tadi tu. Mesti puas hati dengan hasilnya! Mudah sangat resepi ni kan sebab lepas buat adunan terus boleh bakar.

Bau pun wangi. Rasa pula semua dah cukup manis. Kek ni juga sesuai di jadikan hidangan minum petang sekeluarga. Makan sejuk atau panas pun tetap sedap. Dan takde rasa muak nak makan nanti.

Ribuan terima kasih di ucapkan juga kepada Encik Khairul Hasrol kerana sudi berkongsi resepi kek sarang semut tanpa perap atau peram adunan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open