Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi kek pandan yang simple, lembap dan gebu. Serious sedap!
Pagi tadi ternampak resepi donat pandan, petang ni ternampak pula resepi kek pandan. Ha! mari kita ambil tahu serba sedikit tentang manfaat daun pandan ni. Daun pandan dikenali secara saintifik sebagai Pandanus Amaryllifolius. Pandan adalah tumbuhan tropikal dalam kumpulan Pandanus (screwpine) genus.
Ianya dikenali dengan warna hijau yang terang dan bau yang sangat wangi. Daunnya mempunyai rasa ros, badam dan vanilla. Ada beberapa jenis daun pandan yang mengeluarkan bunga yang dikenali sebagai Kewra.
Daun pandan boleh didapati di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Nak tahu, pandan masa kini semakin popular sebagai perisa makanan di United Kingdom dan Amerika. Daun pandan ini kaya dengan minyak pati tau.
Resepi yang berasaskan pandan hari ini adalah resepi dari Cik Puan Roserosnah Rose. Dimana beliau berkongsi keenakan resepi kek pandan yang simple dan gebu ini dilaman facebook beliau. Boleh dijadikan rujukan menu minum petang bersama anak-anak. Sudah tentu mereka seronok.
Seperti yang kita ketahui, daun pandan digunakan untuk menambahkan perisa pada makanan seperti nasi, pulut, pemanis mulut iaitu kek dan juga puding. Ia juga digunakan untuk pembalut makanan semasa membakar, yang mana ia boleh menambahkan bau yang harum dan rasa yang manis pada makanan tersebut.
RESEPI KEK PANDAN
Ok, banyak sangat dah info berkenaan daun pandan ni kan. Sekarang kita fokus pada resepi kek padan yang cukup sedap ni. Mesti tak sabar nak cuba kejap lagi kan? Jom follow resepi ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1 cawan margerin
- 5 biji telur grad B (asingkan telur putih)
- 1 cawangula castor
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawansantan kotak
- 1 sudu ovalate
- 1 sudu perisa pandan
- Pewarna hijau
Bahan B :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu baking powder
- Nestum/kelapa kering(hiasan)
CARA PENYEDIAAN KEK PANDAN :
▶️ Mix semua bahan A sampai kembang.
▶️ Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
▶️ Mix putih telur sampai kembang (bertanduk).
▶️ Masukkan putih telur tadi kedalam adunan kek ,kaub balik.
▶️ Masukkan dalam loyang 8 inci.
▶️ Taburkan nestum di atasnya.
▶️ Hentakkan loyang sebelum dibakar untuk meratakan adunan.
▶️ Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 50 minit.
BACA JUGA: Cara Buat Kerabu Suhun Sedap dan simple. Rasa Masam Pedas Yang Kaw. Rugi Tak Cuba!
Dah siap! Semudah itu rupanya penyediaan kek pandan ni. Anak -anak pasti suka kudapan ni. Lebih-lebih lagi ada nestum dibahagian atas kek. Dah cuba tu bolehlah bagi dekat jiran sebelah rasa ya. Jiran mesti kata “sedapnya”. Resepi dapat dari mana? Apa lagi sharelah resepi ni.
Tahu tak, daun pandan ni mempunyai sifat yang julap yang mana daunnya mampu melegakan sakit kepala, kejang perut dan juga sakit dada. Bagus kan daun pandan ni untuk penjagaan kesihatan kita.
Jadi, marilah kita beramai-ramai mencuba resepi kek pandan yang simple dan sedap ini. Semoga resepi ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa cuba dan share tau. Selamat menjamu selera semua!