Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Nestum Viral Meletop. Yang Dah Cuba Semua Teruja!
Tak sangka resepi kek nestum dari Lieyaa Homemade ni tengah viral sehingga mendapat perkongsian sebanyak 38 ribu tau!
Mana tidaknya, rasa kek nestum ni serious sedap dan bahan nak buat pun sangat-sangat mudah nak dapat. Tak sabar pula nak kongsikan resepi kek nestum yang viral ni.
Yang dah buat, semua rasa teruja dengan rasa kek nestum tersebut. Sekali je cuba dengan follow step by step macam resepi ni.
Jom saya kongsikan resepi yang super delicious ni! Rasa lemak-lemak nestum ni memang sedap rasa dia.
RESEPI KEK NESTUM GEBU VIRAL
Bahan- bahan yang digunakan adalah :
- 200g majerin dalam secawan (tengok cawan jugak nak tepat pakai timbang) saya pakai cawan minum kopi je
- 150g gula perang ( dalam 1 cawan lebih sikit)
- Sedikit esen vanilla
- 50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
- 3 sudu besar susu pekat
- 160g tepung naik sendiri ( dalam 1 ½ cawan )
- Telur 5 biji
- Kacang pecan apa-apa bahan untuk ditabur atas kek
CARA PENYEDIAAN KEK NESTUM GEBU :
▶ Pukul marjerin dengan gula perang. Pukul sampai kembang.
▶ Kemudian masukkan 3 sudu besar susu pekat
▶ Seterusnya masukkan telur sebiji demi sebiji.
▶ Perlahankan speed mixer. Masukkan tepung sikit demi sikit.
▶ Kemudian, masukkan nestum
▶ Lapik Loyang dengan baking paper
▶ Tuang adunan dan tabur kacang pecan atau apa-apa kacang yang kita suka.
▶ Panaskan oven 5 minit. Dan bakar suhu 170 darjah Celsius dalam masa 45 hingga 55 minit api atas bawah.
▶ Dah siap keluarkan dari oven. Dan terbalikkan pada redai atau board.
▶ Kek dah siap boleh lah dihidangkan.
Waah! Nampak kan betapa mudahnya nak buat kek nestum ni? Memang patut lah jadi kek viral kan kalau dah senang nak buat dan sedap rasanya.
Ramai yang kongsikan dekat ruangan komen hasil kek nestum yang mereka berjaya buat.
Nampak sedap je dengan pelbagai bahan yang ramai orang guna. Guna je apa yang ada dekat rumah, yang penting confirm menjadi!
Nak buat senang, lepas tu kek gebu dan moist je rasa dia. Dah buat seronok sangat bila anak-anak semua suka. Siap puji – puji rasa sedap.
Seronok betul bila resepi yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada orang lain kan. Bayangkan lah, perkongsian dari Lieyaa ni ada yang dah berjaya dapat income dari rumah dengan jual kek nestum ni. Alhamdulillah!
BACA JUGA: Pelbagai Resepi Kek Span Yang Sedap Dan Lembut. Adunan Lembut Dan Kegemaran Keluarga!
Ada banyak lagi hasil yang dikongsikan oleh kawan-kawan facebook yang berjaya buat kek nestum viral ni. Jom, saya kongsikan dekat bawah.
Jadi, memang wajib untuk kita semua cuba. Nak-nak lagi kalau orang yang baru je tahu pasal resepi kek viral ni. Confirm korang akan suka.
Kalau nak buat untuk rasa boleh kurangkan dulu adunan. Buat untuk rasa je dulu tapi mestilah menyesal. Hehe. Sebab rasa dia sedap dan tak cukup kalau buat sikit.
So, korang yang baru nak cuba buat jangan lupa kongsikan dekat facebook masing-masing ye. Mana tahu ada yang perlukan resepi ini untuk jadikan sumber income waktu zaman PKPB ni. Semoga murah rezeki Puan Lieyaa ni melimpah ruah.
Semoga berjaya!