Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Masam Manis Kukus Yang Mudah, Sedap Dan Moist. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi! 

0 26,302

Pernah cuba resepi kek masam manis? Sedap sangat rasanya. Anak-anak pun suka sangat! Kek masam manis ini mempunyai dua warna. Dan dikukus berselang seli setiap kali adunan warna dan kepingan asam dimasukkan kedalam loyang.

Rasanya yang manis adalah daripada tekstur kek itu sendiri, manakala rasa masamnya pula adalah daripada penggunaan kepingan asam manis. Masa kecil-kecil dulu pasti anda selalu sangat membeli asam keping ini.

Sesetengah orang memanggil asam keping masam manis ini sebagai asam duit. Kerana bentuknya yang seakan duit syiling. Kek masam manis ini juga nampak moist dan lembut je bila dimakan.

Kalau dah bosan nak buat kek marble, apa kata kali ini follow resepi Cik Puan Aida Umi Yati untuk penyediaan kek masam manis pula. Bolehlah dijadikan kudapan anak-anak sambil ber-PDPR.

Yang seronoknya, anda tak akan rasa muak nak makan kek ni. Yang lainya pada resepi ni, adunan kek tidak menggunakan tepung, tetapi menggunakan biskut marie yang dikisar halus. Menarikkan!

 

RESEPI KEK MASAM MANIS

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek masam manis ini. Nak guna pewarna apa pun boleh. Ala-ala kek lapis sarawak juga hasilnya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cwn gula halus
  • 1 cwn planta
  • 2 cwn biskut marie (kisar)
  • 5 bj telur
  • 1 sudu mkn esen vanila
  • 1 sudu mkn serbuk baking powder
  • 3 sudu mkn susu pekat
  • Pewarna hijau dan kuning (wrna lain pon boleh)
  • Kepingan asam manis/ asam duit

CARA PENYEDIAAN KEK MASAM MANIS :

▶️ Kisar telur dan gula sampai jadi putih.

▶️ Dalam mangkuk lain, kisar planta sampai jadi putih.

▶️ Selesai kisar semua bahan masukkan planta ke dalam mangkuk telur tadi. Gaul rata kemudian, masukkan bahan-bahan lain seperti biskut marie, susu, baking powder dan esen vanila.

▶️ Dah sebati adunan tadi dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan diwarnakan kuning dan satu lagi diwarnakan hijau.

▶️ Sapu loyang dengan planta. Masukkan adunan warna pilihan anda.

▶️ Letak 4-5 sudu makan setiap lapisan. Kemudian, susunkan asam duit rapat-rapat.

▶️ Kukus 5 minit dan tuangkan warna lain pula dan diikuti dengan asam duit. Kukus lagi setiap lapisan 5 minit.

▶️ Last sekali kukus 1/2 jam dan diakhiri dengan lapisan adunan kek tanpa asam.

▶️ Siap dan potong!

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Tempoyak Yang Power Rasanya. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Mudahkan! Musim-musim PKP ni bolehlah asah skill buat kek. Boleh juga dijadikan menu minum petang anda bersama keluarga. Masa nak masukkan asam duit tu, boleh susun rapat-rapat macam dalam gambar. Barulah terasa masam manisnya.

Kepada mereka yang suka kek dimasak dengan cara kukus dan mempunyai rasa masam dan manis inilah salah satu resepi yang anda kena cuba! Confirm nak buat lagi. Tak jemu dan enak rasanya!

Jumlah lapisan adalah terpulang pada masing-masing. Nak banyak mana pun boleh, yang penting rajin tunggu nak kukus je. Lagi nipis lagi cantik hasilnya! Semoga resepi kek masam manis ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open