Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Marble Red Velvet Cheese Yang Moist Gebu Gitu. Sedap Sangat Kek Ni!
Yang dah muak makan kek red velvet kat luar, boleh la buat sendiri kat rumah. Follow je resepi kek marble red velvet cheese ni kat sini. Tekstur kek lembab dan gebu. Kek ni kalau makan panas-panas pun sedap ye. Bau wangi satu rumah.
Kek ni ada dua lapis dan dua rasa. Belah bawah tu cheese dan belah atas tu pulak red velvet. So, kita kena buat 2 adunan tak termasuk coklat emulco. Kek ni korang nak saja-saja buat kat rumah untuk minum petang pun boleh.
Kek marble ni boleh dibuat pelbagai rasa. Dan biasanya dijadikan hidangan untuk majlis kenduri dan rumah terbuka. Yang tak pernah buat kek marble versi red velvet dan cheese, kena save siap-siap resepi ni. Bila ada masa free, boleh la buat nanti.
Resepi kek marble red velvet cheese ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Ramai yang puji kek ni cantik dan nampak berbeza dengan kek marble yang biasa kita jumpa.
Nak kek ni betul-betul menjadi kena mix laju butter, gula dan ovelet hingga berkrim dan putih. Guna speed 4 ye. Baru la elok kejadiannya kek marble cheese kita ni nanti. Tengok kat gambar pun dah fall in love. Belum makan lagi!
RESEPI KEK MARBLE RED VELVET CHEESE
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek marble red velvet cheese ni. Bahan-bahan dan cara penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 125g butter lembut (butter anchor unsalted)
- 1/2cwn gula castor (nak kurang manis boleh kurangkan lagi guła)
- 1/2sdb ovelet
- 3 biji telur
- Esen vanilla
- 2sdb susu pekat
- 2sdb buttermilk (1/4cwn susu segar +1sdb cuka atau sunquick. Kacau dan diam sekejap dalam 15 minit)
- 50g cream cheese
Bahan ayak :
- 1 cwn tepung gandum
- 1/4cwn tepung jagung
- 1sdk baking powder
Bahan pewarna :
- Red velvet
- Coklet emulco
CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE RED VELVET :
▶️ Mix laju butter, gula dan ovelet hingga berkrim dan putih.
▶️ Kemudian, masukkan 50g cream cheese. Mix hingga betul-betul sebati. Tak perlu lama.
▶️ 3 bji telur, masuk 1 persatu dan mix lagi hingga betul-betul sebati.
▶️ Masukkan sedikit demi sedikit esen vanila dan 3sdb susu pekat. Kemudian, mix lagi.
▶️ Masukkan pulak tepung dan mix lagi sebati.
▶️ Last, masuk buttermilk. Mix sebati off mixer.
▶️ Kaup balik adunan guna spatula dan ambil 4sdb untuk pewarna red velvet. Kalau nak tebal sikit lebihkan sedikit adunan tu dan masuk dalam piping beg.
▶️ Ambil 2sdb pulak untuk coklet emulco dan masuk dalam piping beg.
▶️ Lebihan adunan tuang dalam loyang dan ratakan.
▶️ Pipe redvet atas adunan putih. Kemudian, pipe adunan coklet.
▶️ Ambik lidi dan lakar-lakarkan permukaan adunan kek.
▶️ Panaskan oven 160c selama 10 minit.
▶️ Kemudian, kurangkan suhu kepada 130c. Masuk kek kat bahagian bawah dan bakar 45 minit. Dah siap!
BACA JUGA : Resepi Chicken Donuts Yang Rangup Dan Sedap. Buat Serbuk Roti Homemade Je Lagi Senang!
Dah siap pun kek marble red velvet cheese kita. Masa bakar tu, bau kek kuat terhidu satu rumah. Sampai anak-anak tanya, “dah siap kek ke mama?” Hurm, seloyang tak cukup. Confirm anak-anak request lagi. Nak guna kek ni utk kek birthday pun boleh ye.
Korang tengok la tekstur kek ni. Sangat moist, lembut dan nampak sedap giler kan. Hidang kat tetamu yang datang kerumah mesti tetamu suka. Hidang kek ni kat rumah dulu untuk suami dan anak-anak. Mesti licin sebekas dibuatnya!
Ribuan terima diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi kek marble red velvet cheese yang moist dan gebu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!