Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Marble Lembut Guna Sukatan Cawan Je. Makan Panas-Panas Lagi Sedap!

0 1,666

Nak buat kek marble guna sukatan cawan? Jangan bimbang ada resepinya disini. Anda tidak perlu menimbang bahan untuk mendapatkan sukatan yang betul, dengan menggunakan sukatan cawan anda dapat hasilkan kek marble lembut dan sedap.

Kek marble kali ini lebih lembut dan tak berminyak. Cara penyediaannya juga lebih mudah. Anda boleh pelbagaikan perisanya ikut citarasa masing-masing. Kek marble merupakan kek yang ramai penggemarnya.

Yang seronoknya, anda yang tak pandai nak baking pun boleh menghasilkannya. Cuma perlu ikuti step yang dikongsikan sahaja. Semua bahan yang ada perlu dicampur sekali kecuali butter. Pastikan semua bahan yang dikacau akan kembang dahulu.

Bila dah kembang masukkan butter cair dan kacau lagi. Anda boleh bahagikan kepada beberapa bahagian. Contoh 3 bahagian untuk 3 warna. Tinggalkan satu bahagian dan kekalkan warna asalnya.

Asalnya kek ini ialah kek butter tapi dicorakkan seakan kek marble terus menjadi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Habibah Badar Bajrai melalui laman facebooknya. Boleh juga dinamakan kek ni sebagai kek butter marble kan.

 

RESEPI KEK BUTTER MARBLE LEMBUT

Senang sangat menurutnya. Yang suka coklat boleh gunakan 100% resepi ini untuk menghasilkan kek marble yang cantik dan lembut. Jom kita ikuti langkah penyediaannya seperti dibawah ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula
  • 6 telur grade A
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sdm ovallete
  • 2 sdt essence vanilla
  • 6 sdm butter cair
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan chocolate emulco

CARA PENYEDIAAN KEK BUTTER MARBLE LEMBUT :

▶️ Campur semua bahan kecuali butter dan pukul sampai kembang.

▶️ Masukkkan butter dan kacau rata. Kalau nak buat ala marble, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

▶️ Satu bahagian dicampur 2 sudu makan serbuk koko dan 1 sudu makan chocolate emulco. Chocolate emulco ni akan buat warna coklat tu lagi pekat.

▶️ Sapu butter pada loyang. Alaskan dengan baking paper.

▶️ Kemudian, ambil 2 senduk adunan putih. Letak tengah loyang. Letak 2 senduk adunan coklat atas adunan putih tu. Ulang sampai semua adunan habis.

▶️ Panaskan oven pada suhu 150C dan bakar kek dalam 45 minit – 1 jam. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Manisan Gulab Jamun Dari Scratch Yang Anda Wajib Cuba. Tak Ada Khoya Boleh Guna Susu Pekat Atau Susu Tepung Je!

 

Siap untuk dihidang! Kek marble sangat sedap dimakan panas-panas. Sekejap je habis setengah loyang. Anak-anak juga pasti suka. Adunan resepi ini menggunakan loyang bersaiz 9×9 ye.

Coraknya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda. Kalau nak bentuk kek yang cantik, anda gunakan acuan berbentuk seperti acuan buat puding dan agar-agar. Musim PKP ni, agak bosan dirumah. Jom buat kek marble, anak-anak mesti suka.

Orang lain dah cuba, anda bila lagi. Masa free yang ada boleh digunakan sepenuhnya. Buat kek marble dengan anak-anak mesti seronok. Semoga resepi kek marble lembut ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open