Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Coklat Kukus Paling Simple. Sukat Guna Cawan Kisar Pakai Blender!
Dalam banyak-banyak kek, kek coklat paling ramai yang suka dan susah nak tolak. Baik orang dewasa atau anak-anak. Lebih-lebih lagi kalau kek coklat tu moist atau ada leleh coklat. Memang Wow!
Tapi tak dinafikan memang ada yang tak suka kek coklat, risau manis, susah nak poo poo lah dan yes! Ada tapi tak ramai sebab yang ramai nya bukan hanya suka tapi gilakan coklat!
Kalau tanya rumah saya sendiri pun, tiada yang mampu menolak jika disua apa-apa makanan berkaitan coklat. Kek, Biskut, Coklat jar, coklat bar dan macam-macam lagi lah makanan berasaskan coklat semua licin.
Jadi, nak beli kek dan makanan macam ni memang boleh, cumanya lebih berbaloi jika kita pandai buat sendiri. Dapat buat banyak ikut apa yang kita nak, dan boleh kurangkan bahan follow keinginan kita.
Mujur juga jumpa resepi nak buat kek kukus coklat simple ni. Dah lah sukat gunakan cawan je, jadi semua orang boleh buat. Nak buat adunan pun pakai blender je? Fuuh! Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Elisya Maisarah ni.
RESEPI KEK COKLAT KUKUS SIMPLE DAN SEDAP
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
BAHAN KISAR :
- 3 biji telur
- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
BAHAN AYAK :
- 1 ¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT KUKUS :
▶ Mula-mula kisar semua bahan yang perlu dikisar. Kisar sampai semuanya sebati. Anggaran dalam 5 minit.
▶ Kemudian dalam bekas yang lain ayak bahan-bahan ayak.
▶ Seterusnya, campurkan dengan bahan kisar tadi. Gaulkan sampai sebati dan sekata.
▶ Sementara tu, panaskan periuk kukus. Bila air dah mendidih, baru masukkan adunan.
▶ Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Kalau nak lebih sedap, buat topping coklat dan curah di atas kek. Nak buat sos coklat ni ada pelbagai versi. Saya kongsikan cara yang biasa saya buat ye.
BACA JUGA: Cara Buat Kek Kampung Lembut Dan Gebu. Resepi Yang Simple Mudah Nak Buat
RESEPI SOS COKLAT :
- Coklat masakan ( saya guna beryl’s coin)
- Susu segar
CARA PENYEDIAAN SOS COKLAT :
▶ Mula-mula masukkan susu segar dalam kuali. Panaskan sehingga mula mendidih.
▶ Padamkan api kemudian terus masukkan dalam bekas yang mengandungi coklat kita. Kacau sehingga coklat cair.
▶ Curah atas kek kita dan sedia untuk dimakan!
Ada yang suka buat double boiling, ada yang suka gunakan susu cair dan sebagainya. Lain orang lain cara, yang penting rasanya padu dan sedap untuk dinikmati.
Kepada yang baru nak belajar buat kek mudah dan simple macam ni, follow je resepi kek yang saya kongsikan ni tau! Confirm jadi.
Selamat mencuba!