Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Oven Yang Paling Sedap. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!

0 763

Wow! Cantiknya kejadian kek batik indulgence ni. Sesuai sangat dijadikan hidangan buat tetamu. Korang nak buat birthday kek pun boleh. Sedap sangat! Kek batik indulgence ni tak perlu dibakar dalam oven tau. Sejukkan je dalam peti. Terus rasa macam biskup ice cream nanti.

Kek ni dibuat 3 lapisan iaitu lapisan pertama dibahagian bawah kek batik, lapisan kedua di bahagian tengah iaitu cream cheese dan lapisan ketiga kat bahagian atas sekali menggunakan ganache. Sesuai menggunakan loyang 7 inci. Tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Just nice!

Kek batik memang ramai penggemarnya. Sekarang pula telah di ubah suai dan di gabungkan dengan kak indulgence. Kat bahagian atas rasa ice cream kat bawah ada kek batik. Fuhhh! Memang tak muak makan kek ni. Hidang sejuk-sejuk lagi sedap.

Resepi kek batik indulgence ni telah di kongsikan oleh Encik Muhammad Ali melalui laman Facebooknya. Resepi ni juga telah mendapat perhatian ramai dan dah viral 7.2k share kat Facebook. Anak-anak pun suka sangat makan kek ni. Boleh ketagih dibuatnya tau!

Kat secret recipe, kek indulgence ni antara kek pilihan ramai. Sedap, padu dan berat! Harganya pun boleh tahan mahal. Baik buat sendiri kat rumah. Follow je resepi ni confirm menjadi! Tak perlu nak bakar-bakar guna oven pun. Senang sangat. Yang tak pernah baking pun boleh buat kek ni.

 

RESEPI KEK BATIK INDULGENCE

Kat secret recipe juga, kek indulgence ni ramai penggemarnya. Patutlah resepi ni viral bila share kat Facebook. Mesti korang nak buat sendiri kat rumah kan, jimat banyak. Boleh asah skill buat kek terus. Nak buat kek dari air tangan sendiri untuk kesayangan pun boleh. Jom ushaa bahan-bahan yang diperlukan di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan kek batik :
  • 4 telur (Resepi-resepi legend kek batik memang pakai banyak telur, nak kurangkan pun boleh)
  • 200g butter (Kalau pakai marjerin/ buttercup @ butterblend sedikit masin)
  • 300 g biskut merry
  • 3 sudu makan serbuk coklat bancuh dengan air panas.
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat
  • Secubit garam (Optional) – Again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan garam lagi)

 

Bahan untuk cream cheese/ indulgence :
  • 120g whipping cream
  • 40 gram gula kastor
  • Setengah sudu kecil essen vanilla
  • 250g cream cheese

 

Bahan untuk ganache :
  • 100 gram whiping cream
  • 100 gram dark chocolate
  • Satu sudu kecil butter

CARA PENYEDIAAN KEK BATIK INDULGENCE : 
Cara penyediaan kek batik :

▶️ Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut.

▶️ Telur tu masukkan sambil gaul dan gaul sampai pekat.

▶️ Dah agak-agak pekat, tutup api. Biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut.

▶️ Gaulkan dan isi dalam bekas.

▶️ Seterusnya, masukkan dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit.

Cara penyediaan cream cheese/ indulgence :

▶️ Gelatin adalah pilihan masing-masing. Nak masuk pun boleh, tak nak masuk pun takpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing. Gelatin 10 gram + 40 ml air panas (pastikan betul-betul panas)

▶️ Larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair.

▶️ Masukkan bahan-bahan diatas (untuk cream cheese/ indulgence) kecuali whiping cream & gelatin.

▶️ Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin.

▶️ Tuang atas kek batik tadi. Kemudian ratakan.

▶️ Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.

Cara penyediaan ganache :

▶️ Double boil kan semua bahan-bahan ganache.

▶️ Dah sebati, biarkan suam-sama dulu then baru tuang atas cream cheese tadi.

▶️ Tinggalkan semalaman & boleh makan.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Step By Step. Memang Sedap. Penggemarnya Wajib Cuba! 

 

Siap untuk dihidang. Kena sejukkan dalam peti dulu. So, senang korang nak potong nanti. Cantik sangat kejadian kek ni. Bolehlah korang buat untuk hidangan rumah terbuka raya haji nanti. Save resepi ni siap-siap. Nak try masa-masa free hujung minggu pun boleh.

Untuk pengetahuan Encik Muhammad Ali ni memang gemar berkongsi resepi kek di wall Facebook milik beliau. Semua resepi kek yang beliau share mendapat perhatian ramai dan hampir semua jenis kek dapat share yang tinggi. Yang suka baking, bolehlah belajar kat Facebook beliau nanti.

Ribuan terima kasih diuacapkan kepada Encik Muhammad Ali kerana sudi berkongsi resepi kek batik indulgence tanpa oven ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open