Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Batik Versi Biskut Jejari Yang Enak. Unik Dan Cantik Hasilnya. Rugi Tak Cuba!
Pernah makan kek batik versi biskut jejari? Mesti belum pernahkan? Kebiasaan kek batik yang kita temui adalah kek batik berasaskan biskut marie. Tak pernah dengar lagi guna biskut jejari. Macam mana agaknya kek batik versi biskut jejari ni.
Sudah tentu ramai yang gemar makan kek batik. Dimana, kek batik telah menjadi kegilaan ramai dikalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan kudapan atau manisan yang sedap dan paling mudah dibuat.
Peralatan yang digunakan untuk peyediaan kek batik ini tidak perlu peralatan khusus seperti mixer ataupun blander. ia juga tidak memerlukan penggunaan ketuhar.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam resepi kek batik, bolehlah mencuba resepi kek batik versi biskut jejari ini. Resepi asal telah dikongsikan oleh Cik Puan Eda Mohd Shariff di laman facebooknya.
Dan ramai juga yang mencuba resepi beliau antara nama kedua ialah Cik Puan Zaimah Zakaria. Sangat unik dan cantik hasil resepi ini, kerana ia diolah menggunakan biskut jejari yang disusun rapi. Kreatifkan.
RESEPI KEK BATIK VERSI BISKUT JEJARI
Ada 2 jenis resepi kek batik iaitu samada anda perlu menggunakan telur atau tanpa telur. Tapi untuk resepi kali ini tiada penggunaan telur.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan milo
- 1/2 tin susu pekat
- 1 sudu besar serbuk koko (sebagai pilihan)
- 1 buku buttercup
- 1 paket biskut jejari
- 1 sudu esen vanila(sebagai pilihan)
CARA PENYEDIAAN KEK BATIK VERSI BISKUT JEJARI :
▶️ Cairkan butter dalam periuk.
▶️ Bila dah cair masak susu pekat.
▶️ Gaul sebati degan api yang sederhana.
▶️ Masukkn milo, serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Pastikan tiada milo berketul-ketul.
▶️ Masukkan esen vanila, kacau lagi dań boleh matikan api.
▶️ Susun biskut jejari ke dalam bekas.
▶️ Tuang adunan milo diatas biskut jejari.
▶️ Susunkan lagi biskut jejari dan tuang adunan kali kedua.
▶️ Ulang sampai habis.
▶️ Dah habis, simpan kek batik dalam peti ais dalam masa 4 jam.
BACA JUGA: Cara Buat Asam Pedas Simple. Rasa Pedas Dan Masamnya Cukup Menyelerakan!
Siap! untuk memudahkan anda memotong kek batik ini, ia perlu dikeluarkan 30 minit sebelum potong.
Kalau resepi kek batik yang ada telur, salutannya agak kenyal dan tidak melekat. Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu disimpan dalam peti ais barulah boleh potong.
Wah! Senangkan resepi kek batik versi biskut jejari ni. Kalau penjual kek batik nak tukar resepi bolehlah mencuba resepi ni. Nampak ada kelainan sikit. Selamat mencuba!